Friday, August 10, 2012

Tolak JK Royalti -R Desak N/Aziz


(NGO R menyerahkan memo kepada MB Kelantan bagi mendesaknya menolak JK Royalti)

KOTA BHARU: Gabungan Professional Menuntut Royalty, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), menyerahkan memonrandum kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Memorandum itu diserahkan oleh aktivis ‘R’ bagi mendesak kerajaan negeri Kelantan menolak cadangan penubuhan jawatankuasa bayaran tunai yang dicadangkan Perdana Menteri. Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Nazri Deraman, di Dewan Teratai, di sini petang semalam.

Nazri berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri menolak penubuhan jawatankuasa itu yang telah melalui batasan kepentingan politik sempit. Sambungnya, tidak perlu jawatankuasa kerana penyelesaian seperti di Terengganu boleh dilakukan.

"Bayaran tunai boleh dibuat pada kerajaan negeri menerusi hasil gas dan minyak dalam perairan Kelantan dengan kadar segera,”ujarnya.

Tambahnya, jawatankuasa itu hanya kepentingan politik untuk menghadapi pilihanraya. Hadir sama pada majlis itu, setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali dan lain-lain aktivis. Tiga tuntutan berkenaan terkandung dalam memorandum NGO Royalti itu pada kerajaan negeri. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment