Monday, August 27, 2012

Wanita M'sia Ke 3 Di Dunia Curang..Jalan Selesai?

Seorang lelaki China, Sun Meng, 25, yang ditangkap sedang bermadu asmara bersama kekasihnya bertindak melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dikejar suami wanita tersebut, lapor sebuah akhbar semalam. Foto bogel Sun Meng kemudian dihantar untuk siaran sebuah laman web komuniti tempatan.

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus. Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga. (Kosmo)

Mengapa isteri jadi begitu? Ada yang menyebutkan kerana... 

1.Balas dendam: Mungkin sebelum ni suami dia curang jadi dia nak balas dendam supaya lelaki pun akan merasai sakit hati yang dia rasa.. 
2.Menghilangkan stress: Tekanan-tekanan yang dihadapi dirumah/tempat kerja diluahkan dengan cara ini.mendapatkan cinta baru yang lebih sensasi.
 3.Perasaan terhadap suami/kekasih telah berubah: Semakin lama semakin kurang perasaan cinta pada suami.jadi dia mengembalikan rasa cinta yang telah pudar kepada orang lain. 
4.Seks yang membosankan: Bila dah hidup lama bersama rutin seks suami pun dia dah boleh baca..jadi takde kejutan dan semakin hari makin membosankan.. 
5.Berbeza minat dan cara: Wanita suka buat apa-apa aktiviti dengan pasangan.bila pasangan pulak berlainan hobi dan cara, mudah untuk wanita jatuh cinta kepada lelaki lain yang punya minat sama dengan dia.. 
6.Mengembalikan perasaan mudanya: Umpama jatuh cinta untuk kedua kali selepas dikecewakan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melebihi dari semua itu, ialah kerana wanita-wanita Malaysia tidak ditarbiah atau dididik untuk menjadi wanita yang solehah atau berakhlak mulia. Di situ pentingnya peranan pendidikan Islam atau ilmu civik menurut agama masing-masing di sekolah atau pusat pengajian, peranan ibubapa, suami dan media massa di dalam sesebuah kerajaan.

Pemerintah berkewajipan mencari jalan selesai dalam hal tersebut. Pemerintah jangan fikirkan ekonomi segera jangka pendek semata-mata, tetapi hendaklah pentingkan kebajikan rakyat. Rakyat yang baik, membantu perkembangan ekonomi yang baik. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails