Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013: Antara RM50J Dg RM1.2 B.. -Siti Zailah

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan ketidakprihatinan terhadap wanita negara ini apabila hanya memperuntukkan RM50 juta untuk pembangunan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sedangkan, satu peruntukan yang cukup besar telah diberikan kepada prasekolah termasuklah Permata iaitu sebanyak RM1.2 billion.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff kecewa apabila peruntukan untuk prasekolah jauh lebih besar berbanding pembangunan wanita.

"Saya tersentuh hati sebagai pimpinan Muslimat apabila bajet untuk wanita sedikit berbeza sebelum ini," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan ini satu penghinaan kepada kaum wanita apabila menteri wanita tidak menerajui kementerian wanita.

"Inilah akibatnya orang lelaki jadi menteri wanita. Dia tidak prihatin dan peka terhadap pembangunan wanita," katanya.

Malah katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, ia merupakan perkara yang memalukan dan meminta wanita di luar sana harus peka dengan situasi ini. Ketika ditemui, Zailah berkata bajet kali ini banyak menabur janji temasuk pemberian 'one off' menampakkan Najib terdesak untuk menyelamatkan keadaan di saat kebangkitan rakyat menjelang pilihan raya.

Membandingkan bajet Pakatan Rakyat dengan BN, Zailah berkata bajet Pakatan Rakyat lebih menjurus kepada keseimbangan dan kemampuan negara dengan kedudukan hutang yang semakin bertambah. Tetapi katanya apa yang diwar-warkan Najib lebih kepada tawaran untuk pancing undi dengan menawarkan insentif kepada kakitangan awam, petani, dan golongan muda dengan memberi rebat untuk 'smart phone'.

Justeru, katanya, insentif-insentif ini tidak akan menggugat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat kerana mereka sedar pengurusan kewangan negara banyak berlaku ketirisan dan penyelewengan. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails