GAMBAR di laman YouTube
kelmarin menunjukkan sebuah jet tentera Syria yang ditembak jatuh
kumpulan pemberontak menyebabkan seorang juruterbang maut di pinggir
Lapangan Terbang Abu Duhur, wilayah utara Idlib, Syria
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Morsi menyampaikan ucapan dasar
luar pertamanya semalam dengan meminta rejim Presiden Syria, Bashar
Al-Assad meletak jawatan sebelum terlambat. Beliau turut memberi amaran kepada Iran agar tidak campur tangan
dalam hal ehwal rantau Arab selain menyuarakan sokongan kepada usaha
Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Berucap pada mesyuarat menteri luar negara-negara Arab di sini, Morsi
menggariskan beberapa objektif dasar luar pentadbirannya selepas lebih
dua bulan mentadbir negara sebagai Presiden Mesir pertama yang dipilih
daripada kalangan orang awam. Kenyataan Morsi itu merupakan petanda bahawa beliau kini berusaha
menjadikan Mesir sebagai pemimpin rantau Asia Barat selepas peranan
tersebut lenyap di bawah pemerintahan pemimpin negara itu sebelum ini,
Hosni Mubarak. Ketika itu, negara bukan Arab seperti Turki dan Iran mempunyai pengaruh besar di rantau Arab.
"Saya memberitahu rejim Syria bahawa masih terdapat peluang untuk menghentikan pertumpahan darah ini," kata Morsi.
"Jangan menurut suara yang menggoda kamu (rejim Bashar) agar terus
berusaha untuk berkuasa kerana kamu tidak akan lama memegang tampuk
pemerintahan. Tiada lagi ruang untuk melambat-lambatkan keputusan bagi
menamatkan pertumpahan darah ini. Kini sudah terlambat untuk bercakap
tentang pembaharuan, sekarang adalah masa untuk perubahan (pertukaran
pemerintah)," kata Morsi.
"Rejim Syria perlu belajar daripada sejarah," ujarnya yang merujuk
kepada kejatuhan rejim autokratik di Tunisia, Libya, Mesir dan Yemen
akibat kebangkitan rakyat.
Sementara itu, tentera Syria yang dibantu unit artileri dan jet
pejuang terus memerangi pemberontak di beberapa kawasan di negara
berkenaan semalam. Perkembangan tersebut berlaku ketika Kumpulan Pemerhati Syria Untuk
Hak Asasi Manusia menyatakan, sekurang-kurangnya 34 orang maut di
seluruh Syria semalam.
Menurut kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu, lebih
26,000 orang terbunuh di Syria sejak kebangkitan penduduk menentang
Bashar bermula pada Mac 2011. PBB pula menyatakan, sekitar 20,000 orang terkorban ekoran pertempuran antara tentera Syria dengan para pemberontak.
- Agensi
Lihat.
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
1 comment:
Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.
U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.
Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..
Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.
U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.
if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..
Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。
你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。
你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..
YOUR TRULY
MCA MALAYSIA
Post a Comment