Sunday, September 09, 2012

Bubble Drink, Minuman Ini Berbahaya!

Dari Taiwan,
Dari Taiwan, "bubble drink" menjelajah dunia.  

KESIHATAN

KL Mendengar hasil penelitian University Hospital Aachen Jerman, mungkin membuat kita tidak lagi tergoda dengan segarnya bubble tea atau bubble drink. Bebola lembut yang menjadi daya pikat minuman ini dilaporkan mengandungi senyawa kimia pembangkit penyait barah.

Tidak hanya senyawa karsinogen biphenyls aspolychlorinated, materi kimia berbahaya lainnya juga terkandung: styrene, acetophenone, dan brominated. "Semua bahan itu seharusnya tidak ada dalam makanan," kata pengkaji, Manfred Moller, kepada akhbar Jerman, The Local.

PCB terbukti menimbulkan efek merugikan kesihatan. Menjadi biang keladi pertumbuhan sel-sel barah, gangguan sistem kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf, dan kekacauan sistem endokrin.

Styrene tidak kalah bahayanya. Senyawa kimia yang banyak dimanfaatkan untuk bahan baku getah sintetis, stereofoam, pelapis kertas, dan plastik ini terbukti menyimpan efek karsinogen dan racun yang memicu gangguan pada ginjal, sistem pencernaan, dan saluran pernafasan.

Acetophenone yang merupakan senyawa aromatik keton inipun memiliki efek serupa. Hasil riset ahli zat holistik, Michelle Schoffro, menyebut senyawa kimia tersebut berpotensi membangkitkan barah, kerosakan pembuluh darah, dan gangguan saraf otak jika terhirup.

Sementara efek brominated tidak separah tiga senyawa kimia lain. Bahan aditif yang banyak digunakan dalam produk minuman ringan ini rentan memicu gangguan kesihatan seperti tremor, hilangnya memori, dan sakit kepala. Itu terjadi ketika asupan melebihi batas. Efek lain yang menjadi sorotan dalam penelitian itu adalah risiko tersedak. Terutama di kalangan kanak-kanak.

Menghisapnya melalui sedotan besar, bebola kenyal itu masuk ke saluran pernapasan dan paru-paru. Atas semua itu, otoriti kesihatan Jerman itu, mulai memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk minuman tersebut. Bimbng atas informasi ini adalah wajar. Minuman asal Taiwan itu begitu mudah kita jumpai di kedai-kedai minuman, terutamanya di Indonesia, beberaapa negara Asia dan menjelajahi seluruh dunia. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

cikmira23 said...

Mf yer..tp bukankah pihak jakim dah cek kandungan bubbl ni n kat malaysia ia disahkan halal n xde kandungan yang memudharatkan ....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails