Friday, September 28, 2012

Ditahan Salahguna Pas, Bukan Kerana Najis Zina.

CEKUP...wanita asing yang ditahan dalam operasi itu, kelmarin.
CEKUP...wanita asing yang ditahan dalam operasi itu, kelmarin.

MELAKA: Lima wanita asing disyaki tukang urut yang sedang menanti kehadiran pelanggan di sebuah premis di sekitar bandaraya ini tergamam dan tidak sempat melarikan diri apabila ‘dikunjungi’ pihak berkuasa, kelmarin.

Difahamkan, semua wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30-an itu menjalankan kegiatan berkenaan secara tidak sah dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka. Serbuan khas itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Inspektor Salim Ahmad, kira-kira jam 3.45 petang.

Ketika serbuan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di bangunan berkenaan. Bagaimanapun, keadaan terkawal berikutan keenam-enam mereka tidak meloloskan diri dan ditahan untuk tindakan lanjut. Pegawai Turus D7 Melaka, Asisten Superintendan Azhar Abdul Rahim berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti menyalahi undang-undang premis itu.

“Ia berikutan semua wanita asing itu dipercayai bekerja tanpa permit sah sebagai tukang urut.

“Dalam serbuan sama, kami turut menahan seorang wanita tempatan berusia 30-an untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dan operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral berkenaan dapat dibanteras sepenuhnya di negeri ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPK negeri iaitu 06-2851999 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seperti yang sering diulang-ulang oleh blog ini, 'Selagi aktiviti  'najis zina' itu tidak diaktakan sebagai suatu kesalahan, selagi itulah, masalah keruntuhan sosial ditengah masyaakat kita ini tidak dapat diselesaikan. Itu yang kerajaan kena sedar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails