Sunday, September 30, 2012

Kerana Duit, Izin Isteri Jadi GRO, Siapa Salah?

PENGAKUAN...Man dan Liza ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.
PENGAKUAN...Man dan Liza ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.

KL: Inikah generasi baru Malaysia yang terbentuk? Hari ini myMetro Online melaporkan.. Keutamaan mereka ialah hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah. Itu cara hidup segelintir pasangan suami isteri di ibu kota yang ‘sekepala’ menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit amat bahagia biarpun diselubungi noda.

“Isteri saya pernah kerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan saya beri keizinan kerana pendapatannya lumayan, boleh cecah sehingga lebih RM10,000 sebulan.
“Lagipun, saya minat hiburan dan suka lepak dengan kawan mendengar muzik,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.

Man yang mendakwa hanya bekerja sendiri berkata, dia dan isterinya, Liza, 28, baru berkahwin lima bulan lalu. “Tapi, isteri saya baru saja berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini dia hamil lima minggu,” katanya.

Inilah antara kesan dari perlasanaan dasar kerajaan UMNO/BN yang menggalakkan 'asal dapat duit tidak kira halal-haram'. Bagaimana pohon begitulah hasil buahnya. Siapa salah? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails