Tuesday, September 18, 2012

Kes Zina & Bunuh Bayi Ini, Patut Dididik Dg Hudud.



PEKERJA kilang yang direman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi membantu siasatan kes mencampak bayi. 
Gadis Kilang Campak Bayi Direman
PETALING JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam. "Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala. "Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.

Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya. Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung. Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.

Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu. Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi. (Kosmo)

Bomoh gila seks ditangkap


KIRI: Anggota JHEAINS menahan bomoh yang disyaki memperdayakan mangsa dengan amalan nikah batin di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu, Seremban semalam. 
SEREMBAN – Taktik seorang bomoh memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada golongan wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan akhirnya memakan diri apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini semalam.

Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki berusia 48 tahun itu turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Husaini Mustafa berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan ketika merawat seorang wanita berusia 23 tahun.

Katanya, ketika ditahan, lelaki berkenaan hanya berseluar dalam manakala wanita terbabit masih berpakaian lengkap.

“Serbuan itu dilakukan selepas kita menerima aduan daripada orang ramai dan risikan pegawai JHEAINS selama seminggu.

“Hasil daripada serbuan itu, kita menahan lelaki terbabit kerana disyaki mengamal nikah batin sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya dengan alasan untuk merawat wanita berkenaan,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur itu datang ke rumah terbabit untuk merawat seorang wanita yang menghadapi masalah mendapatkan anak.

“Kita dapati lelaki ini menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memperdaya mangsa melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan salah satu cara untuk mengubati penyakit.
“Sebelum melakukan hubungan seks lelaki ini akan mengadakan upacara nikah batin dengan bayaran mas kahwin RM200 dengan alasan untuk menghalalkan hubungan tersebut,” jelasnya.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas beberapa buah kitab perubatan termasuk satu kitab suci al-Quran yang digunakan lelaki berkenaan ketika upacara nikah batin.

“Kita percaya lelaki ini sudah aktif di beberapa negeri sejak beberapa bulan yang lalu namun tiada mangsa yang tampil membuat aduan,” katanya.

Katanya, lelaki itu yang bekerja sendiri dan sudah berkeluarga kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mencela agama Islam, Seksyen 50 kerana menggunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan Seksyen 77 kerana memikat dan melarikan wanita untuk tujuan seks. Bagi setiap seksyen, tertuduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dua berita di atas..  (1) Kesalahan berzina. (2) Membunuh bayi, sepatutnya dididik dengan hukuman 'hudud'. Itulah penyelesaian terbaik dalam menangani masalah sosial hari ini. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

2 comments:

Anonymous said...

DAH BIASA LAKUKAN SEKS...TAK BOLEH DIGELAR GADIS...KENA GELAR WANITA...HARAP PEMBERITA PEKA TENTANG HAL INI

Anonymous said...

Pelakon mirip Anwar Ibrahim tak payah kena hudud lak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails