Sunday, September 30, 2012

Kreatif! China Jual Udara Segar Dalam Tin.

JOM KREATIF

BUKAN rahsia lagi, China terkenal akan masalah polusi udaranya. Sementara pemerintah dikatakan tutup mata untuk menanganinya. Kerana itu jutawan Chen Guangbiao bertindak unik, dengan caranya. Lelaki yang akrab dipanggil 'Brother Biao' ini menjual udara segar dalam tin  bertutup kemas seharga USD 0.80.

Udara dalam tin ini kemudian diberi jenama "Chen Guangbiao: Nice Guy" dan dipasarkan di beberapa area China seperti Jinggang Mountain, provinsi Jiangxi, dan beberapa daerah minoriti Taiwan. Udara segar yang dikemas/tutupnya berasal dari berbagai wilayah di China dan Taiwan.

"Orang hanya perlu membuka tutup, dekatkan hidung, dan hirup udara segar yang ada dalam tutupan," jelas Chen.

Biao menjelaskan, di dalam tutupan terdapat cip yang akan langsung menutup, ketika ion oksigen negatif mencapai jumlah maksimum. Menurutnya, udara di dalam tin juga tidak akan mudah keluar, kerana telah dikompres.

Meski agak aneh dan macam tak masuk akal, namun Biao menyatakan, dia yakin produk ini akan berjaya di pasaran. Nyatanya 100,000 tin udara tutupan yang telah diproduksi terus per hari. Biao mengatakan bahawa sebahagian hasil jualan itu akan disumbangkan kepada tentera China yang kini sedang mempertahankan Diayou Island.

Biao juga, berjanji jika pembeli tidak puas hati dengan produknya, mereka boleh menyimpan tutupnya. Biao berjanji akan membeli tutupan itu kembali setelah 10 tahun dengan harga USD 7 per tutupan.

Udara segar dalam tin, inilah produknya!! (IH)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails