TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit.
Wanita melayan seorang pelanggan yang datang di ruang tamu rumah.
KL 16 Sept 12: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat ‘tiga dalam satu’ urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga.
Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa. Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.
Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.
Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, ‘bapa ayam’ atau lebih dikenali sebagai ‘kapten’ pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.(myMetro)
Komen weblog Ibnu Hasyim: Kenapa boleh jadi begitu? Kerana kepala bapa-bapa ayam itu sudah dinajisi atau dibasuh oleh pemikiraan 'asal dapat wang tidak kira halal haram'. Tidak kira apa agama sekalipun, kerana semua agama pentingkan moral dan kemanusiaan.
Pemikiran ini telah dicanai sejak merdeka lagi. Parti utama orang Melayu (UMNO) yang memimpin negara menggunakan pemikiran begini dalam mentarbiah rakyatnya. Bagaimana acuan begitulah kuehnya. Inilah hasil kueh-kueh pemikiran pemimpin nasionalis warisan penjajah terdahulu!
1 comment:
warisan penjajah? i beg to differ. oghang puteh memang kenai sangat perangai melayu...bejudi, arak & pompuan tapi ugama jgn kacau, nanti depa amok. pasai tu hal ehwal ugama dibawah kuasa sultan, hal pentadbiran & punggah hasil mahsul depa pulun. sabit tu depa senang2 saja jajah.
Post a Comment