MOSCOW - Pihak berkuasa Russia mahu mendapatkan kebenaran bagi mengharamkan film Innocense of Muslims yang telah mencetuskan keganasan dan protes di seluruh dunia.
Pejabat Pendakwa Raya semalam berkata, pihaknya akan meminta kebenaran mengharamkan filem tersebut atas alasan ia "ekstremis dan menyinggung penganut" agama Islam. Selain itu Pejabat Pendakwa Raya juga berkata, pihaknya telah menggesa penyedia Internet utama agar menyekat filem itu daripada terus disebar ke seluruh dunia.
Filem kos rendah yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) itu telah ditayangkan sejak tiga bulan lalu dan trelernya dimuat naik di YouTube baru-baru ini. Pendakwa Raya berkata, Russia bimbang bahawa filem itu akan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan komuniti Islam di negara itu.
Interfax melaporkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya "bersedia untuk memohon kepada mahkamah agar mengiktiraf filem itu, yang disebarkan di Internet dan memudaratkan penganut (agama Islam), sebagai bahan ekstremis."
Protes dan keganasan di 20 negara telah meragut 17 nama setakat ini di Afrika Utara dan Timur Tengah.
No comments:
Post a Comment