Serangan ke atas keduataan Amerika di Benghazi, Libya
BEIRUT: Ikhwanul Muslimun Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) mengutuk keras serangan ke atas kedutaan Amerika di dunia Arab termasuk serangan yang menyebabkan duta Amerika di Benghazi, Libya mati baru-baru ini.
Mengulas mengenai serangan ke atas kedutaan AS di dunia Arab, jurucakap Ikhwanul Muslimin SyrIa, Zuhair Salim, memberitahu Asharq Al-Awsat ,"Kita tidak harus membesar-besarkan isu ini. Apabila sesuatu berlaku, kita tidak perlu menuding jari kepada revolusioner dan orang-orang Arab".
Beliau menambah, "Kami, Ikhwan Muslimin, mengutuk serangan ke atas kedutaan AS di Libya, dan kami menyeru kepada pihak yang bijak untuk mengambil inisiatif dan tidak meninggalkan perkara perkara ini kepada pihak yang jahat."...
Timbalan Ketua Turus Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army), Kolonel Aref Hamoud, mengutuk serangan dan serbuan ke atas kedutaan-kedutaan AS di Libya dan Mesir.
Bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat, Hamoud berkata, "Kita menentang perbuatan tersebut yang menghina revolusi rakyat dan kebangkitan Arab."
Bercakap tentang kemungkinan kebangkitan Al-Qaeda di Syria, Hamoud menegaskan "Apa-apa boleh berlaku kerana kekurangan tindakan masyarakat antarabangsa terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim.
“Syria telah menjadi tanah subur untuk percambahan pelbagai kumpulan. Setakat ini, kumpulan-kumpulan ini adalah minoriti dan tidak sama taraf dengan organisasi Al-Qaeda, namun jika masyarakat antarabangsa terus mengabaikan rakyat Syria, tidak syak lagi bahawa kumpulan ini akan mulai muncul dan merebak [ke seluruh Syria]. "
Beliau juga berkata bahawa rakyat Syria yang percaya bahawa masyarakat antarabangsa telah lupa tentang mereka akan menolak rakyat Syria ke arah agama, dan selanjutnya kepada kumpulan yang menaikkan panji-panji agama.
Kolonel Hamoud menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf Tentera Pembebasan Syria secara rasmi dan memberi dana kepada mereka untuk membolehkan ia menjadi badan tunggal untuk membawa senjata di Syria.
Ahli Majlis Kebangsaan Syria, Samir Satouf mengesahkan bahawa Al-Qaeda wujud di Syria, tetapi di bawah pelbagai nama. Beliau memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa Bashar al-Assad telah membiaya sekutu-sekutu Al-Qaeda ini - dengan pengetahuan Barat - sejak sebelum berlakunya revolusi.
Beliau berkata, "Tiada beza antara kumpulan pelampau Syria dan Al-Qaeda; pelampau adalah saudara kepada pelampau. Kami mempunyai maklumat yang mengesahkan bahawa al-Assad membiayai kumpulan pelampau yang bekerjasama dengan Al-Qaeda, dan beliau akan terus membekal senjata kepada mereka, yang diseludup ke Syria di bawah perlindungan pihak keselamatan Syria. "
Satouf menegaskan bahawa krisis Syria yang berpanjangan dan ketidakmampuan atau keengganan masyarakat antarabangsa untuk mengambil satu pendirian tegas kepada keadaan ini, hanya akan memburukkan lagi masalah, sambil menambah bahawa ia semakin sukar bagi rakyat Syria untuk terus menghadapi cabaran tersebut.
Beliau memberi amaran bahawa keadaan ini hanya akan membawa Syria ke arah "perang saudara" seperti yang dipupuk oleh pihak rejim. (Hrkh)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
No comments:
Post a Comment