BANYAK cerita-cerita karut, tidak bertanggung-jawab, menunjukkan kebodohan orang yang mempercayainya, difitnahkan oleh puak-puak perosak Islam tentang apa ada dalam kaabah. Konon dalam kaabah tersimpan berhala-berhala zaman dulu, termasuk berhala yang berhubngan seks..
Kerana bukan sembarang orang boleh masuk dalam kaabah. Namun kita boleh lihat dokumenteri yang pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi, di mana isinya hanya berupa ruangan kosong. Di bahagian dalam Kaabah terdapat tiga tiang dari kayu gaharu terbaik.seperti gambar di atas.
Kerana bukan sembarang orang boleh masuk dalam kaabah. Namun kita boleh lihat dokumenteri yang pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi, di mana isinya hanya berupa ruangan kosong. Di bahagian dalam Kaabah terdapat tiga tiang dari kayu gaharu terbaik.seperti gambar di atas.
Panjang
satu tiang sekitar seperempat meter atau setengah meter berwarna
campuran antara merah dan kuning. Ketiga tiang ini berjejer lurus dari
utara ke selatan.
Pada awal abad ini (tahun 2000-an), bahagian bawah ketiga retak retak yang kemudian diperbaiki dengan diberi kayu melingkar sekelilingnya. Ketiga tiang ini dibuat atas inisiatif Abdullah ibn Al Zubair tiga abad lalu. Meski demikian, ketiganya masih tetap kokoh hingga sekarang.
Bumbung dalam kaabah penuh dengan ukiran-ukiran hebat, diberi
lampu-lampu indah, terbuat dari emas murni dan dari
perhiasan-perhiasan indah lainnya. Lantai Ka'bah dibuat dari batu
pualam putih. Dinding Kaabah bahagian dalam dibalut dengan batu pualam warna-warni dan dihiasi dengan ukiran gaya Arab.
Kaabah |
Terdapat tujuh papan menempel di dinding, bertulis nama-nama orang yang pernah merenovasi atau menambahkan sesuatu yang batu di dalam kaabah atau Masjidil Haram. Dikatakan, tembok Syadzarwan adalah bangunan tambahan kaabah yang dibuat oleh kaum Quraisy.
Menurut mazhab Syafi'i dan Maliki, tembok Syadzarwan termasuk bahagian kaabah, sehingga jamaah haji yang bertawaf perlu berada di luarnya. Pendapat sebaliknya dikatakan oleh mazhab Hanafi. Menurut mereka, tembok Syadzarwan bukan merupakan bahagian kaabah.
Mazhab Hanbali memilih
berada di antara dua pendapat di atas. Menurut mereka, menjauhi tembok
itu sangat dianjurkan, tetapi seandainya jamaah melakukan tawaf di
dalamnya maka tawafnya tetap sah dan tidak sampai rusak.
Yang jelas, belum diketahui
secara pasti bila pertama kali tembok Syadzarwan dibangunkan. Setiap kali
Masjidil Haram dipugar, tempat-tempat di sekitarnya juga dipugar. Yang
pasti, tembok Syadzarwan mengalami pemugaran pada tahun 542 H, 636 H,
660 H, dan 1010 H.(IH/ROL)
Kunci pintu kaabah |
No comments:
Post a Comment