Ini bukan lelong dara tapi klik.. Ramas Payudara Untuk HIV.. Kerja UMNO
Pelajar Brazil lelong dara
LORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.
Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000). Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina. Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.
Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia. Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.
"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.
"Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.
Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut. Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.
Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini. Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.
Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran. Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim :Tidak hairan lelong dara terjadi apabila sesebuah negara berpendirian..
- 'Asal dapat duit', tidak kira halal-haram.
- Asal buat baik, tak apa ikut cara haram, 'teknik halalkan cara'.
- Kerajaan sekular, pisah antara dunia dengan hari akhirat.
- Menolak perundangan Islam (hudud), walau hanya ke atas umat Islam sahaja.
- Contohnya di Malaysia, kerajaan pun main judi, perundangan Persekutuan luluskan lesen arak, tempat-tempat sundal bertopengkan pusat hiburan, rumah urut, hotel, padang golf dan segala macan yang membawa ke neraka, menurut apa agama sekalipun.
- Negara-negara seperti ini menjadi tapak subur berkembangnya rasuah yang menghancurkan negara.
- Di negara-negara seperti ini, bukan sahaja lelong/jual dara (anak dara), tetapi mak dara pun dijual/lelong.
No comments:
Post a Comment