Monday, October 15, 2012

Awasi Salahguna Ubat Batuk 'Formula Lalok' Pula


BOB... mendakwa ubat batuk campuran baru mencerdaskan otak.
BOB... mendakwa ubat batuk campuran baru mencerdaskan otak.

KL 14 Okt 12:: Bermodalkan RM6 segelintir remaja termasuk penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah dikesan mencipta ‘formula lalok’ dengan mencampurkan ubat batuk dan sejenis pil kononnya sebagai minuman kesihatan tambahan untuk kecerdasan badan dan otak.

Bagaimanapun, perbuatan kreatif tidak bertempat ini boleh mengundang maut jika diambil secara berlebihan selain menyebabkan kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman, buah pinggang, otot badan mengecut dan berat badan menurun secara mengejut. Penemuan kaedah baru menghasilkan formula yang murah dan mudah didapati ini menjadi faktor utama peningkatan penyalahgunaan ubat batuk di kalangan remaja.

Kos untuk menghasilkannya iaitu RM6 jauh lebih murah berbanding ubat batuk haram yang dijual antara RM50 hingga RM80 sebotol (150-200 mililiter), manakala bekalan ubat batuk mudah diperoleh di farmasi sekitar Lembah Klang.

Pendedahan mengejutkan ini berjaya dibongkar Metro Ahad hari ini hasil tinjauan dan siasatan selama seminggu di beberapa daerah di Selangor dan di sini. Syabas Metro! Ibubapa kena cepat-cepat prihatin demi menyelamatkan remaja Malaysia, termasuk anak-anak mereka.. (IH)

No comments:

Post a Comment