SEORANG lelaki menunggang basikal di hadapan sebuah gereja yang ditutup di ibu negeri wilayah Aceh, Banda semalam.
JAKARTA - Pihak berkuasa di Aceh, Indonesia semalam berkata, mereka terpaksa menutup beberapa buah gereja Kristian dan kuil Buddha selepas mendapat tekanan daripada Barisan Pertahanan Islam (FPI).
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di negara ini yang mengamalkan undang-udang Islam sepenuhnya. Penutupan rumah ibadat itu menjadi petanda terbaharu mengenai sikap tidak bertoleransi antara agama kian meningkat.
Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal memberitahu, penutupan itu dibuat kerana sembilan gereja Kristian dan enam kuil Buddha tersebut tidak memiliki permit. Namun, jelasnya kepada agensi berita AFP, kesemua tempat beribadat itu diarah tutup pada minggu lalu selepas mendapat aduan daripada FPI dan berlaku sedikit ketegangan sebelum keputusan dibuat.
"Kami tidak mahu sebarang masalah keselamatan timbul di Banda Aceh disebabkan aktiviti-aktiviti haram," kara Djamal.
FPI menyifatkan dirinya sebagai penguat kuasa moral dan undang-undang Islam. Ia sering menyertai pasukan polis dalam operasi serbuan ganas ke atas bar dan pusat-pusat pelacuran. Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri memberi isyarat bahawa ia tidak akan campur tangan.
Seorang jurucakap berkata, tidak berlaku sebarang penutupan ke atas semua rumah ibadat tersebut kerana ia belum mempunyai permit. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah berita ini?
Pertama: Benarkah Aceh merupakan satu-satunya wilayah di negara ini (Indonesia) yang mengamalkan 'undang-udang Islam sepenuhnya' sebagai seluruh cara hidup (way of life)?
Kedua: Benarkah 'Penutupan rumah ibadat itu menjadi petanda terbaharu mengenai sikap tidak bertoleransi antara agama' ?
Ketiga: Sedangkan Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal memberitahu, penutupan itu dibuat kerana sembilan gereja Kristian dan enam kuil Buddha tersebut tidak memiliki permit.
Keempat: Sedangkan FPI menyifatkan dirinya sebagai penguat kuasa moral dan undang-undang Islam. Ia sering menyertai pasukan polis dalam operasi serbuan ke atas bar dan pusat-pusat pelacuran. Ini baik dan berlaku di mana-mana negara, walaupun di negara yang bukan Islam. Kerana apa yang berlaku bertentangan dengan dasar negaranya perlu diambil tindakan. Bahkan perlu badan-badan pengingat (islah) atau pendesak.
Kelima: Menuduh operasi pemerintah Aceh sebagai 'operasi serbuan ganas'.
Keenam: Boleh dianggap berita ini sebagai penghasut...
- Memburukkan agama Islam dari ajaran Ilam yang sebenar..
- Menburukkan negeri Aceh seolah-olah menteri KDNnya tidak berfungsi (Kementerian Dalam Negeri memberi isyarat bahawa ia tidak akan campur tangan.).
- Menuduh Islam itu ganas atau teroris.
- Dan beberapa lagi.
No comments:
Post a Comment