Monday, October 15, 2012

Britain Mahu Al-Azhar Di Universitinya -Subky Latif

BRITIAN mula mengorak langkah bagi mengadakan cawangan Universiti al-Azhar di universitsi-universitinya, dan Universiti al-Azhar pula memberi reaksi yang positif dan sedia memberi kerjasama kepada cadangan itu.

Ia adalah satu perkembangan yang baik bagi alam ilmu seglobal dan langkah yang dunia Islam wajar sambut.

England masih dikira sebagai pusat pengajian yang terbaik di dunia kerana masih mengekalkan disiplin dan kawalan yang ketat terhadap mutu pengajian dan martabat universitinya.

Apapun England adalah sarang pengembangan fahaman sekular yang penting dan sarat dengan sekolah orentalisnya. Dengan  kedatangan kampus Azhar ke kampus-kampus di Britain boleh mengimbangi pengembangan ajaran sekular-orentalis itu dan langkah itu  adalah membawa Islam dan  ajarannya ke depan tangga dan pintu orang-orang England.

England masih menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran. Hal ini bererti pengajian ilmu mengikut tradisi Islam dan penggunaan bahasa Arab akan lebih tersebar ke seluruh dunia.

Perkara ini adalah perkembangan yang boleh mengetuk pintu univerisiti-universiti di Malaysia bagi mengambil langkah yang sama. Universiti di Malaysia jangan tertinggal daripada kampus-kampus di England dalam membekalkan ilmu dan pengetahuan agama kepada para pelajar.

Beberapa universiti di Malaysia memang sudah  ada sekolah Islamnya sendiri tetapi belum diterima umum dapat menyamai pencapaian lepasan Azhar. Almarhum Dr Ismail Faruqi yang menyandang ijazah PhD dalam pengajian  Islam di luar Mesir dan terkenal sebagai pemikir Islam yanag hebat tidak diterima sebagai ahli ilmu Islam yang berwibawa disebabkan  dia bukan keluaran al-Azhar.

Justeru, beliau telah mendaftar belajar di al-Azhar, Mesir bagi mendapatkan pengiktirafan dunia Islam.

Universiti-universiti di Malaysia wajar mengambil langkah yang segera untuk mengadakan cawangan kampus al-Azhar bagi memberi peluang seramai pelajar kita mendapat pengajian daripada kampus itu sama ada penjadi pelajar penuh masa daripadanya atau mengambil kursus tertentu di samping tambahan kepada bidang pengajiannya yang asal.

Sebagai bakal pelajar yang mengikut kursus di kampus Azhar di Britain nanti, bukan semua orang Islam tetapi ia memberi peluang mudah kepada pelajar bukan Islam, maka cawangan kampus seperti ini di Malaysia akan memberi peluang kepada pelajaran bukan Islam menimba ilmu di situ.

Masa ini, kita tidak dapat hendak memikirkan pelajar bukan Islam dari  Malaysia akan pergi ke Mesir. Sekalipun ia bukan pilihan majoriti pelajar Islam untuk ke  sana, tetapi pelajar Malaysia dikira siswa bukan  Mesir yang teramai di  sana.

Di  samping cawangan kampus itu mendekatkan peluang bukan Islam untuk belajar di situ, ia akan membuka peluang yang lebih banyak bagi pelajar Islam berpeluang menimba ilmu di situ.

Ini tidak bererti tiada lagi selepas ini pelajar kita akan ke al-Azhar Mesir. Demokrasi dalam bidang pengajian tidak menyekat pelajar membuat pilihan belajar dalam negeri atau luar negeri, tetapi yang penting ialah lebih banyak peluang pengajian untuk pelajar kita daripada semua kaum dan anutan agama.

Lim Guan Eng pernah bercakap tentang kehebatan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pelajar Cina yang mahu tahu apa yang Guan Eng kata tidak akan menggunakan sebahagian dari masa pengajiannya untuk ke al-Azhar Mesir bagi mengetahuinya, mereka boleh dapatkannya daripada kampus yang ada di mana-mana universiti  dalam negeri.

Sama ada rancangan Britian itu akan terlaksana atau tidak, universiti di Malaysia wajar merebut peluang itu, kerana ia satu pelaburan yang tidak merugikan. (Hrkh)

Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammadlah yang pergi ke gunung.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails