Monday, October 15, 2012

Buih Putih Tidak Dikenali Muncul Di Tg S/Kapal.


PENGERANG: Pada pagi semalam, penduduk di Sungai Kapal, Pengerang telah mendapati buih putih yang tidak dapat dikenali di kawasan penambakan Dialog Group.

Lebih kurang pukul 10 pagi, Bendahari Gabungan NGO Pengerang, Chua Peng San telah membuat pemerhatian di tepi pantai Tokong Soon Chin Kong, Tanjung Sungai Kapal, dan mendapati bahan terapung itu mempunyai keluasan yang agar besar, berwarna kuning, tidak berbau, pada masa sama ketumpatan buih adalah besar, tetapi adalah berlainan daripada buih detergen.

Mengikut pemerhatian, sumber buih itu adalah dari kawasan penambakan. Chua juga berkesempatan membuat persempelan terhadap buih tersebut. Setakat tengah hari, sebahagian besar buih telah terdampar ke tepi pantai Tanjung Sungai Kapal sehingga ke Tanjung Datuk, pantai sejauh satu kilometer telah dicemar.

Kejadian aneh berlaku berturut-turut sejak kebelakangan ini, bermula dengan bau gas yang aneh, kematian kucing, anjing dan ikan, dan kini buih yang tidak dikenal pasti terapung di lautan, menimbulkan kemarahan dan kebimbangan penduduk Sungai Kapal.

Gabungan NGO bertanya berkenaan pendapat penduduk Melayu di tempat kejadian, beliau menjawab: “jika pembangunan membawa kesan sebegini, apakah kebaikan yang penduduk dapat”.

Sebahagian besar penduduk telah tidak puas hati terhadap tiadanya penjelasan berkenaan kejadian yang aneh berturut-turut itu. Gabungan NGO Pengerang menyeru supaya pihak berkuasa mengemukakan hasil penyiasatan berkenaan pencemaran yang berlaku.

“Jika pihak berkuasa tidak memberi sebarang balasan, gabungan akan melalui Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa membangkitkan satu usul di bawah Perkara 18, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, meminta perbahasan tergempar berkenaan kejadian itu,” kata Peng San dalam satu kenyataan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails