Wednesday, October 17, 2012

Cerpen/gambar Lucah Serang HP Remaja.


BUKTI...Rosli menunjukkan gambar lucah laman web terbabit.
BUKTI...Rosli menunjukkan gambar lucah laman web terbabit.

IPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu.

Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu.

Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan.

“Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu.

“Walaupun kebanyakan laman web lucah tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita lucah dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia,” katanya.  Demikian dilapor myMetro Online
 
Sementara itu di London, ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus. Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.

Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.

Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa. Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. Laporan DM.


Komen Weblg Ibnu Hasyim: Oleh itu, pihak bertanggung jawab, sila tangani segera, jaangan berdolak-dalih lagi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails