KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan
Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam dengan beraninya
mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.
Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun)
Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap
Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri
kemudiannya disokong MCA.
"DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan
Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.
"Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard.
Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika
itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu
bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti
tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.
"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.
Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa. Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam
nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu
mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara.
"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap
saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah
pejuang Islam sebenar," katanya semalam.
Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan
mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang
hukum hudud. Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam.
Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam
menghadapi pilihan raya. Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu. (SH)
1 comment:
Sejahat-jahat orang Islam (umno) adalah lebih baik daripada sebaik-baik orang kafir (dap) kerana di dalam diri orang Islam itu ada kalimah Laailaahaillallah, yang mana jika kalimah ini di letakkn di sebelah neraca(dacing) dan di sebelah satu lagi segala isi bumi dan langit dan apa2 yang ada di antaranya, maka berat lagi kalimah tersebut.
Aduhaii...demi kuasa, dan kerana ingin menumbangkn orang Islam umno,pas sanggup gadaikan ikatan persaudaraan seIslam.
Post a Comment