Sunday, October 07, 2012

Jom Melawat Sebuah Pekan Di Kepulauan Sulu...

RAMAI sudah tahu, Selatan Filipina sentiasa bergolak antara Mujahideen dan Kerajaan Filipina kerana perebutan kawasan yang berlaku semenjak Filipina diisytiharkan atas selembar perjanjian. Selatan Filipina masih tidak aman sehinggalah Malaysia diperlukan sebagai orang tengah bagi menamatkan perang bersenjata yang tidak berkesudan itu.

Gajah sama gajah bertempur, pelanduk mati di tengah-tengah. Kerana itu, ratusan ribu penduduk kepulauan Sulu yang tidak bersalah terpaksa berhijrah ke kepulauan yang berhampiran mereka di Sabah.Suku Suluk ini adalah dari keluarga Islam semuanya. Mereka terpaksa berkayuh perahu merentas laut mencari tempat yang selamat. 

Suku Suluk atau Tausug adalah rakyat dari Kesultanan Sulu. Sebuah kesultanan kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450 oleh Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr.  Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao hingga ke Sabah.

Faktor geografi dan sejarah inilah menjadi penyebab utama suku Suluk berhijrah ke Sabah berlindung dari serangan dan kekacauan di negeri mereka yang bergolak itu. Di peta di atas, tanda merah itulah Kepulauan Sulu yang dipertikaikan. 

Jom kita melawat ke sana! 
 


Kehidupan kanak-kanak Sulu.

Kawasan Perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan, di jetinya sahaja banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang

Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian; tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama.

Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu.


Pemandangan pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan. itu sahaja kemampuan mereka di sini. Selebihnya ubi, kelapa dan sumber alam menjadi sandaran mereka untuk hidup.

Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu.

Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu . deretan kedai yang usang dan jalan tanah

Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh.

Si Ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang telah berhijrah dan berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali ke Kepulauan Sulu.

Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan..,

Keadaan atap sekolah di Sulu yang sangat daif..

Sekolah saudara seIslam di Filipina yang tidak mendapat perhatian, namun masih digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar..  kerana tuntutan agama.
 

Daifnya sekolah umat Islam di sini. Berbaju pink adalah pengetua sekolah. Menurut beliau bantuan telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.
 

Kebanyakan rumah masyarakat di Sulu berdinding buluh, atap jeramai, hanya sebuah sahaja rumah batu sempurna di pulau ini


Masjid ini mengambil masa lama untuk disiapkan dan menanti lebih sumbangan untuk menampung kos pembinaan bagi kegunaan Umat Islam disana.

Keadaan dalam Masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan.
Kepulauan Sulu mempunyai pantai tercantik di dunia. Rumah ini dihuni keturunan Pendakwah Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.

Ahli keluarga Pak Harun..

Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang..

Dalam kesusahan mereka sangat meraikan tetamu.

Beginilah keadaan dalam rumah mereka. Tiada bilik.. inilah tempat tidur satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke zaman tanah Melayu era 40-an

Seorang anak muda Sulu terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya. Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu disana.

Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan rakyat  yang tertindas.
 

Anak kecil  ini...

Pengangkutan utama di Sulu..

Kehidupan masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan..
 

Pemandangan ini biasa di Sulu..
(Layari: http://www.harum2012.blogspot.com , Mari bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.)(IH)

4 comments:

Anonymous said...

Rencana dan gambar yang tidak beretika dan hilang rasa menghormatinya kerana tidak ada sumber rujukan..janganlah copy n paste' tanpa mencatat pemilik asal foto dsb.

Anonymous said...

Higher prfrmnce lose connecting belong. .

Anonymous said...

What To seek In High definition tv Projectors

Feel free to visit my homepage natter

Anonymous said...

Dell Facility Xps 1640 Evaluate

Also visit my web page ... payday

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails