Banduan bimbang rahsia kahwin 2 terbongkar
DUBAI: Selepas menjalani hukuman penjara 17 tahun kerana kesalahan membunuh, seorang warga Pakistan semakin risau menjelang pembebasannya. Ahmad Abdul Rahim, 47, dalam wawacara eksklusif dengan akhbar Gulf News semalam, mengaku kebimbangan rahsianya berkahwin dua terbongkar mengatasi kegembiraan pembebasannya.
Dia yang didapati bersalah atas kesalahan membunuh bersama-sama empat yang lain akan dibebaskan dan diusir ke negara asal mereka minggu ini.
“Sudah tentu saya gembira kerana akan pulang ke tanah air. Saya merindui keluarga saya. Kami sudah berpisah terlalu lama.
“Yang menjadi masalah, saya mempunyai dua isteri. Kedua-duanya tidak tahu mereka dimadu.
“Saya amat bimbang jika mereka mengetahuinya. Jika rahsia itu terbongkar, kesannya mungkin lebih teruk daripada hukuman penjara 17 tahun yang saya lalui.
“Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan mereka lakukan jika rahsia itu terbongkar. Tindakan mereka lebih merunsingkan saya lebih daripada hari saya ditangkap kerana kesalahan membunuh,” katanya. - GN
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kahwin 2, teruk dari membunuh? Apa tujuan berita ini, untuk burukkan Islam? Sedangkan Islam galakkan kahwin lebih, kahwin lebih itu mulia seperti amalan Nabi SAW, sedangkan membunuh itu dilarang, termasuk dosa bear. Na 'auzubillah.
No comments:
Post a Comment