▼
Saturday, October 20, 2012
Manfaatkan, Orang Bisu Kerja Di Restaurant
JOM KREATIF
Restoran di Gaza dikendalikan pekerja bisu
BANDAR GAZA, Palestin - Sebuah restoran di sini yang dikendalikan beberapa pekerja bisu dibuka kepada orang ramai pada Selasa lalu. Restoran Atfaluna yang terletak dekat sebuah pelabuhan digerakkan para pekerjanya yang berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa isyarat.
Ia ditubuhkan dengan bantuan Yayasan Drosos, Switzerland bagi mempromosikan golongan bisu yang boleh bekerja. Seramai 12 orang bekerja di restoran tersebut.
"Golongan bisu mempunyai keazaman dan tiada sebarang kebimbangan kecuali ketika pekerja berkomunikasi," kata seorang penyelia, Ayat Imtair.
Selepas para pekerja bisu itu menghadiri latihan selama enam bulan, Ayat yakin operasi di restoran tersebut akan berjalan dengan lancar.
- Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Manfaatkan orang bisu kerja di restoren di Maaysia..
No comments:
Post a Comment