CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
SEMALAM lepas sholat Asar, kami duduk mengelilingi meja, minum-minum ringan di sebuah kedai makan, sebelah pasar malam di Ampang Selangor. Seseorang menunjukkan sebuah tabloit tempatan keluaran pagi tadi yang ditinggalkan orang.
"Lihat tajuknya, 'Melissa Saila sudah berhijab." Katanya, sambil menunjukkan gambar seperti di atas."Tu, yang bertudung merah tu, nampak tangan, nampak bentuk tubuh badan... berhijabkah?
Gambar Melissa Saila, 40, dan anak-anak. Dia anak seniwati Mariani, anak suadara arwah seniwati Saloma yang terkenal dulu-dulu. Malissa adalah seorang aktres, seorang pengarah, dan kini dikatakan sudah rasmi pakai 'hijab'. Kali terakhir penampilannya tidak bertudung adalah menerusi iklan krim parut, Mederma. Pakai hijab sejak Jun lalu, Melissa mengakui perkara itu perlu dilakukan kerana faktor umur yang semakin meningkat.
Aku belek-belek akhbar itu. "Cuba lihat betul-betul interbiau dengannya.." Kataku. "Akhbar itu tanya, sejak bila Melissa mengenakan hijab? Jawab Melissa, saya pakai 'tudung' sejak bulan enam yang lalu...Ertinya Melissa jawab tepat, dia pakai tudung bukan hijab."
"Apakah tudung itu bukan hijab?" Orang itu tanya aku lagi.
Ah, panjang pula aku kena jawab.
"Padaku, Hijab atau ħijāb ( حجاب ) adalah kata dalam bahasa Arab yang bererti 'penghalang'. Pada beberapa negara berbahasa Arab serta negara-negara Barat, kata 'hijab' lebih sering merujuk kepada 'tudung (kerudung) yang digunakan oleh wanita-wanita Muslim. Begitu juga kataguna di Alam Melayu dan lain-lain.
"Namun dalam keilmuan Islam, hijab lebih tepat merujuk kepada tatacara berpakaian yang layak dan sesuai dengan tuntunan agama." Jelasku. "Begitu hijab yang aku maksudkan, bukan semata-mata 'tudung' seperti tudung kepala orang Melayu."
Dalam Al-Quran disebutkan..
- Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab ayat 59)
- Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya... (An-Nur ayat 31)
- hendaklah menutup seluruh badan, kecuali wajah dan dua tapak tangan,
- hijab bukan merupakan perhiasan,
- tidak nipis, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh,
- tidak disembur parfum,
- tidak menyerupai pakaian lelaki
- atau pakaian wanita-wanita bukan Islam
- dan bukan merupakan pakaian untuk mencari populariti diri.
Sejak awal tahun ini, dikatakan ramai artis sudah mengenakan hijab. Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki juga. Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari
telah mengilhamkan pergerakan pembelajaran 'Usrah Fitrah' buat
selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.
Antara selebriti yang mengikuti program ini adalah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah. Awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja. Tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru.
Antara artis yang aktif lain antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot. Antara guru yang mengajar ialah Ustaz Azhar Idrus.(Rujuk Harakah, MStarOnline, Dll)
Jadi yang penting, bukan hijab atau tudung sahaja, bahkan lebih dari itu, iaitu ke arah mentarbiah artis, aktres atau selebriti yang profesional dan bertaqwa. Kerja-kerja seperti inilah sepatutnya dilaksanakan oleh persatuan seniman, artis atau lain-lain yang sepertinya.
Moga-moga golongan-golongan ini dapat bebas dari najis dadah, najis seks dan gejala-gejala buruk yang lain. Memakai tudung adalah muqaddimah ke arah itu.
Moga-moga golongan-golongan ini dapat bebas dari najis dadah, najis seks dan gejala-gejala buruk yang lain. Memakai tudung adalah muqaddimah ke arah itu.
Sekian, wassalam.
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
6 Okt 2012
Sel.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
6 Okt 2012
Sel.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
1 comment:
Betul, ramai kaum wanita yang mengaku muslim bertudung tapi tak sama dengan yang berhijab. Itu masih dikira belum menunaikan tuntunan Islam supaya berhijab. Mereka sebenarnya mengikut trend semasa. Wanita muslimah sepatutnya mendalami hukum Allah.
Post a Comment