Tuesday, October 16, 2012

Ni, Shahrizat Jalil Selak Kain Nampak....


Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.

Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.
Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk ‘bergaduh’.
“Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah.
“Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia,” katanya.
Sebelum itu, Ranjit menayangkan video (klik di sini) ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya berdurasi 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut.
Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno
Nota kaki: Jika Shahrizat selak kain ke paras pinggang, rasanya biawak pun pening sebab nampak belukar busuk berlendir

(Diangkat dari http://kerajaanrakyat.blogspot.com)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails