Monday, October 15, 2012

Parlimen (Syura) Saudi Sedia Terima Ahli Wanita


Syura atau parlimen Arab Saudi sedia untuk menerima ahli wanita

RIYADH: Sumber peringkat tinggi Majlis Syura Saudi memberitahu Asharq Al-Awsat bahawa prosedur pentadbiran dan sokongan logistik yang diperlukan untuk wanita menyertai Majlis Shura sesi seterusnya akan disiapkan tidak lama lagi.

Menurut sumber, jawatankuasa berkenaan sedang membuat persiapan untuk menyerahkan laporan mengenai penerimaan wanita sebagai ahli, dan telah memperuntukkan kawasan-kawasan tertentu dalam bangunan Majlis Shura, supaya ahli-ahli wanita dapat melaksanakan tugas mereka dengan selesa.

Sumber juga mendedahkan bahawa selain ahli Shura, tenaga kerja wanita yang akan dilantik di Majlis Shura termasuk; setiausaha, pentadbir, perhubungan awam, pembantu penyelidikan, di samping penasihat wanita.

Pelaksanaan oleh Majlis Syura ini adalah selaras dengan dekri diraja yang dikeluarkan awal tahun ini oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah Bin Abdulaziz yang membenarkan penyertaan wanita di Majlis Syura dan majlis perbandaran, serta hak mengundi yang sama.

Panggilan untuk membuka penyertaan Majlis Syura Saudi kepada wanita mengundang pelbagai reaksi sokongan dan penolakan. Penyokong dekri percaya bahawa ia akan memberi wanita Saudi suara yang lebih kuat untuk menyampaikan isu-isu berkaitan mereka tanpa sebarang halangan. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment