KL: Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat mengarahkan supaya seluruh ahli PAS berpuasa pada Hari Wuquf tanggal 9 Zulhijah 1433 bersamaan 25 Oktober 2012 (Khamis). Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menjelaskan hari itu yang mempunyai kelebihan bagi mereka yang berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah SAW. bermaksud "
- Puasa Hari Arafah: Aku berharap Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya". (Riwayat Muslim)
“Semoga program ini dapat menjana kekuatan ruhiah dan memohon restu Allah untuk menghadapi PRU13. Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan, keikhlasan, memantapkan ukhwah di kalangan petugas dan memberi hidayah kepada seluruh pengundi insya Allah,” ujarnya. (Hrkh)
Selamat Menyanbut Raya Haji.. baca ini..
No comments:
Post a Comment