HALAMAN HIBURAN
JAKARTA: Satu sidang pleno Persatuan Ahli Muzik Melayu Indonesia (PAMMI) melantik Raja Dangdut, Rhoma Irama, untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden 2014. Beberapa cawangan PAMMI yang lain, dalam satu kenyataan yang dibuat pada mesyuarat pleno itu berkata, mereka akan menyokong pencalonan Rhoma.
Pengerusi PAMMI cawangan Sumatera Selatan, John Hadi berkata, “Dalam mesyuarat ini kami mahu sepakat dan akan menyokong (penamaannya sebagai calon).”
Begitu juga Pengerusi PAMMI cawangan Jakarta, Laras Sugianto yang berkata dalam satu mesyuarat dalaman, majoriti anggota menyokong cadangan berkenaan.
“Anggota PAMMI cawangan Jakarta, menyokong pencalonan beliau,” kata Laras.
Namun begitu, katanya, Rhoma perlu mencari parti politik bagi membolehkan dia bertanding. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Rhoma mempunyai hubungan rapat dengan Parti Persatuan Pembangunan (PPP). - tribunnews
2 comments:
mengape kek..mengapa...zina itu haram...kerana2 itu cara binatang...mengape kek mengapa berjudi itu haram...kerana2..merosakkan kewangan....mengapa yg enak2 itu diharamkan...mengapa yg asyik2 itu diharamkan.....ooohh...ooohhh..ohhhh..itulah perangkap syaitan... cara .umpannyaaaa..bermcm2 ragam2...awaslah...(lirik lagu roma irama dlm filem doa dan perjuangan)
Best lagunya..
Post a Comment