Wednesday, October 31, 2012

Saudi Hancurkan Makam Nabi.. Apa Tak Bantah?


Saudi bakal hancurkan makam Nabi Muhammad

SEBAHAGIAN dari projek perluasan masjid Nabawi di Kota Madinah, banyak pihak bimbang pemerintah Arab Saudi bakal menghancurkan makam Nabi Muhammad. Pusara Rasulullah itu terletak di dalam masjid paling suci kedua setelah Masjid Al-Haram di Kota Makkah.

Dr Irfan al-Alawi dari Yayasan Riset Wawasan Islam menuding ke arah sikap diamnya kaum Muslim atas rancangan itu sebagai bencana, sekaligus bersikap berpura-pura.

"Filem tentang Nabi Muhammad baru-baru ini mengakibatkan protes (kaum Muslim) di seluruh dunia, tetapi penghancuran tempat kelahiran nabi, tempat dia salat, dan menegakkan Islam malah dibiarkan tanpa kecaman," katanya, seperti dilaporkan The Independent, 30 Oktober.

Dia mengakui perluasan Masjid Nabawi memang diperlukan, tapi rancangan pemerintah Negara Dua Kota Suci itu sungguh mencemaskan. Menurut Alawi, perluasan itu sebahagian besar dilakukan di sebelah barat masjid, di mana di situ terdapat makam Nabi Muhammad bersama Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Kerana itu, dia takut tiga makam ini juga bakal lenyap.

Dalam dua dekad terakhir, The Gulf Institute yang berpusat di Ibu Kota Washington D.C., Amerika Syarikat, mencatat Riyadh telah melumatkan 95 persen dari seluruh bangunan berusia lebih dari seribu tahun di Makkah dan Madinah. Perluasan Masjid Al-Haram juga mengundang protes dan kecaman pelbagai pihak.

Di sekitar Kabah kini bermunculan pelbagai pusat belanja, hotel, dan gedung jangkung. Di sana kini terdapat komplkes Jabal Umar, terdiri dari apartemen, hotel, dan menara jam tertinggi sejagat. Buat mewujudkan projek ini, Saudi membuldoser benteng Ajyad dibangun di masa kekhalifahan Usmaniyah. Rumah nabi juga berubah menjadi perpustakaan dan kediaman isteri pertamanya, Khadijah, sekarang menjadi toilet.

Saudi beralasan perluasan itu buat menampung jamaah umrah dan haji kian membuak. Pada 2025, dianggarkn 17 juta jamaah haji. Termasuk perluasan Masjid Nabawi , bakal dimulai bulan depan, nantinya dapat menampung sekitar 1.6 juta jemaah.

Hingga berita ini dilaporkan, Riyadh belum dapat dihubungi untuk minta komen mengenai rancangan penghancuran makam Nabi tersebut. Lima tahun lalu, beredar sebaran Kementerian Urusan Islam Saudi rekomen Mufti Agung Saudi Abdul Aziz al-Syekh. Isinya mendesak penghancuran makam Nabi Muhammad, Abu Bakar, dan Umar. Seruan ini disokong para ulama Wahabi, sekte terbesar di Saudi, termasuk Syekh Ibnu al-Uthaymin. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails