Friday, October 12, 2012

Schiermonnikoog, Pulau Yang Berpindah-pindah?

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

SCHIERMONNIKOOG adalah sebuah pulau kecil di laut pantai Belanda yang terus bergerak ke selatan dan timur. Hal ini berlaku kerana efek kombinasi dengan angin laut pada masa ini. Hasilnya, pulau ini seolah-olah boleh berpindah tempat.

Pada 762 tahun yang lalu, Pulau Schiermonnikoog berada 2km ke utara dari posisinya masa ini. Pulau ini sebenarnya tidak benar-benar bergerak, hanya laut yang mengikis pulau di satu sudut, menyebabkan pulau itu memiliki bentuk yang sedikit berbeda setiap hari.

"Schiermonnikoog", nama ini berasal dari biarawan (penunggu/penjaga rumah ibadat) yang dulu tinggal di pulau itu. "Monnik" bererti biarawan dan "Schier" adalah sebuah kata kuno bererti abu-abu, mengacu pada warna yang biasa digunakan para biarawan. ‘Oog” diterjemahkan sebagai pulau sehingga jika digabungkan, Schiermonnikoog memberi erti 'pulau para biarawan abu-abu'..

Pulau kecil berukuran 16km dengan lebar 4km ini merupakan situs taman nasional pertama di Belanda. Satu-satunya  kampung di pulau ini, disebut dengan nama sama, iaitu Schiermonnikoog. Penduduknya berjumlah sekira 1,000 orang yang bermukim tetap. Perlancongan menjadi sumber pendapatan utama pulau ini.

Fasiliti yang tersedia di sini, berupa perkhemahan, dermaga untuk kapal ferry,  pelabuhan untuk kapal-kapal kecil, 15 hotel, ratusan villa, dan apartemen, seperti dilaporkan AmusingPlanet, 2 Oktober 2012. Setiap tahun pulau ini dikunjungi oleh 300,000 orang. Terdapat kira-kira 200 buah kereta untuk pelanong di pulau ini.(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails