Thursday, October 25, 2012

Sejarah Korban Sepintas Lalu..

  • DAN bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). (Al Hajj: 34).
1. Qurban Semasa Nabi Adam AS.
  • "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (qurban) dari orang-orang yang bertakwa". (Al Maidah: 27).
Allâh memerintah Adam agar mengahwinkan Qabil dengan saudara perempuan kembar Habil bernama Lubuda yang yang rupanya tidak cantik. Tetapi mengahwinkan Habil dengan saudara perempuan kembar Qabil  bernama Iqlima yang cantik rupawan. Pada saat itu Adam dilarang Allâh mengahwinkan perempuan kepada saudara lelakinya yang kembar. 

Namun Qabil menolak hal ini, sementara Habil menerima. Qabil pula ingin kahwin dengan saudara perempuan kembarnya sendiri yang cantik itu. Maka Adam menyuruh kedua anaknya berqurban (korban), siapa yang diterima qurbannya, itu yang menjadi suami bagi saudara perempuan kembar Qabil yang cantik jelita itu. Kemudian kedua anak Adam itu pun berqurbanlah..,

Habîl adalah seorang peternak kambing dan ia berqurban dengan 'Kambing Qibas' berwarna putih, mata bundar, bertanduk cantik mulus, dan berqurban dengan jiwa yang bersih. Qabil pula adalah seorang petani bercucuk tanam, Ia berqurban dengan makanan buruk, dan niat yang tidak ikhlas.

Qurban-qurban itu diletakkan di sebuah gunung, menurut Syariat pada masa itu Tanda diterima qurban itu ialah dengan datangnya api dari langit lalu membakarnya, Ternyata api menyambar Kambing Qibas qurban Habil. Bererti qurban Habil diterima, tidak qurban Qabil.

Kerana itu Qabil marah, dan membunuh saudaranya Habil.

2. Qurban Semasa Nabi Idris AS


Disunnahkan kepada kaum Nabi Idris AS yang taat kepadanya antara lain..
  • beragama Allâh, bertauhid, ibadah kepada khaliq, membersihkan jiwa dari siksa akhirat dengan cara beramal shalih di dunia, bersifat Zuhud, adil, puasa pada hari yang ditentukan pada tiap bulan, berjihad, berzakat dan sebagainya. 
  • Dan bagi kaum Idris ditetapkan hari-hari raya pada waktu-waktu yang tertentu, serta berqurban; di antaranya saat terbenam matahari ke ufuk dan saat melihat hilal. 
  • Mereka diperintah berqurban antara lain dengan al-Bakhûr (dupa atau wangi-wangian), al-Dzabâih (sembelihan), al-Rayyâhîn (tumbuhan-tumbuhan yang harum baunya), di antaranya al-Wardu (bunga ros), dan al-hubûb biji-bijian, seperti al-Hinthah (biji gandum), dan juga berqurban dengan al-Fawâkih (buah-buahan), seperti al-‘Inab (buah anggur).

3. Qurban Semasa Nabi Nuh AS.


Sesudah terjadi taufan (banjir) Nûh, Nabi Nûh AS membuat tempat yang sengaja dan tertentu untuk meletakkan qurban. Qurban tersebut sesudah diletakkan di tempat tadi akan dibakar.

Kambing Qibas4. Qurban semasa masa Nabi Ibrahim AS.

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa usia Ismail sekitar 6 atau 7 tahun. Sejak dilahirkan sampai sebesar itu Nabi Ismail senantiasa menjadi anak kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash-Shaffaat: 102 :
  • “Maka ketika sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha, Ibrahim berkata: Hai anakku aku melihat (bermimpi) dalam tidur bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu”
  • Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar”.
Dalam mimpi, Ibrahim mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail. Ketika sampai di Mina, Ibrahim menginap dan bermimpi lagi dengan mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah, malamnya di Mina, Ibrahim bermimpi lagi dengan mimpi yang tidak berbeda pula. Ibrahim kemudian mengajak puteranya, Ismail, berjalan meninggalkan tempat tinggalnya, Mina. 

Baru saja Ibrahim berjalan meninggalkan rumah, syaitan menggoda Siti Hajar: “Hajar! Benarkah suamimu itu membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail?”. 

Menyebabkan akhirnya Siti Hajar terpengaruh dan menjerit-jerit Ibrahim! Ibrahim! Nak buat apa dengan anakku ini?” 

Tetapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Setibanya di Jabal Qurban, sekitar 200 meter dari tempat tinggalnya, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih Ismail. Tetapi ancangan itu berubah drastik, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam surat Ash-Shaffaat ayat 103-107:

  • “Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, nyatalah kesabaran keduanya. Dan Kami panggillah Dia: "Hai Ibrahim, “Kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar “.

5. Qurban Semasa Nabi Musa AS.

Penyembelihan qurban juga berlaku hingga zaman Nabi Musa AS. Nabi Musa membahagi binatang yang disediakan untuk qurban kepada dua bahagian, sebahagian dilepaskan saja dan dibiarkan berkeliaran sesudah di beri tanda yang diperlukan. Dan sebagian lagi disembelih.

6. Qurban Bani Israil.

Umat dulu sebelum kita, jika seorang dari mereka berqurban, orang-orang keluar menyaksikan apakah qurban mereka itu diterima atau tidak. Jika diterima datang api putih (Baidhâ`u) dari langit membakar apa yang diqurbankan. Jika qurbannya tidak diterima, api itu tidak muncul. Rupa api itu Lâ dukhâna lahâ wa lahâ dawiyun (api yang tidak berasap dan berbunyi). Bila seorang lelaki dari mereka (Bani Isrâ’îl) bersedekah, jika diterima turun api dari langit, lalu membakar apa yang mereka sedekahkan.

7. Qurban Semasa Nabi zakaria AS dan Nabi Yahya AS.

Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya As adalah di antara nabi dan rasul dari Bani Israil, pada keduanya ada juga qurban. Qurbannya adalah binatang dan Amti'atun  (barang-barang) lalu di bakar api.

8. Qurban Pada Bangsa Yahudi dan Nashrani

Bangsa Yahudi merupakan sebahagian dari bani Isrâ’îl. Sementara Bani Isrâ’îl adalah keturunan Nabi Ya’qub AS. Nabi Ya’kub bergelar, Isrâ’îl. Pada bangsa Yahudi terdapat qurban yang biasa mereka lakukan, demikian juga pada bangsa Nashrani. Qurban pada bangsa Yahudi dan bangsa Nashrani, iaitu melakukan pengurbanan dengan membakar sebagai sajian  bertujuan mengingat kesalahan.

Iaitu dengan menyembelih sapi dan kambing jantan yang mulus, tidak cacat. Dengan menghidangkan: tepung, minyak dan susu. Qurban kerana adanya ketenteraman, sebagai rasa syukur kepada al-Rabb

Qurban pada bangsa Nashrani, antara lain, ialah persembahan missa seorang Kahin berupa roti dan arak. Yang menurut keyakinan pada mereka hakikatnya, roti dan arak yang mereka qurbankan, ditukar dengan daging dan darah al-Masih.

9. Qurban Pada Bangsa Arab Jahilliyah.

Bangsa Arab Jahiliyah juga suka berqurban. Qurban mereka dipersembahkan untuk berhala-berhala yang mereka sembah. Qurbannya ada binatang yang disembelih untuk berhala, dan ada binatang yang dilepas bebas berkeliaran, juga untuk berhala. Cara qurban Arab Jahiliyah, iaitu mereka jika menyembelih binatang qurban, seperti unta, mereka percikan daging dan darahnya pada al-baet (ka’bah).

Arab Jahili jika mereka menyembelih binatang, memercikan darahnya pada permukaan ka’bah, dan memotong-motong dagingnya lalu mereka simpan di atas batu. Selain qurban yang disembelih, juga ada qurban Jahiliyah yang dilepas untuk sembahan mereka, iaitu Bahîrah, sâibah, washîlah, hâm.

  • Bahîrah, ialah unta betina yang telah beranak lima kali, dibebaskan, tidak boleh di ganggu. Jika anak yang kelima jantan, mereka sembelih dan boleh dimakan baik oleh lelaki atau perempuan. Jika Betina dibelah telinganya, dan hanya dapat diambil manfaatnya oleh lelaki, tidak boleh oleh wanita. Jika betina itu mati, halal, baik bagi lelaki atau wanita.
  • Sâibah, iaitu unta jantan yang dilepas tidak boleh diganggu kerana dipakai nazar pada Thaugut-thaugut mereka. Orang Arab Jahiliyyah jika mereka sakit atau sesuatu yang hilang kembali lagi, mereka jadikan unta jantan saibah ini sebagai qurban.
  • Washîlah, ialah domba (biri-biri) betina jika melahirkan betina, mereka makan. Jika lahir jantan dipersembahkan buat Tuhan mereka. Jika kembar, mereka tidak menyembelih yang jantan kerana itu untuk Tuhan mereka.
  • Hâmialah unta jantan yang telah dapat membuntingkan unta betina 10 kali, tidak boleh diganggu-gugat lagi, itu untuk Tuhan mereka.
Sembelihan Jahiliyyah itu terbagi tiga:

1. Untuk mendekatkan diri kepada sesuatu yang dipuja. Sembelihan untuk maksud ini dibakar, mereka ambil kulitnya saja, dan mereka berikan kepada Kahin (dukun).

2. Untuk meminta ampun. Bagi maksud ini, dibakar separuh, dan separuhnya lagi diberikan kepada kahin (dukun).

3. Untuk memohon keselamatan. Bagi maksud ini mereka makan.

10. Qurban Abdul Muthalib (nenek Nabi SAW).

 
Pada waktu Ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Muthalib, belum dilahirkan. Abdul Muthalib pernah bernazar kepada berhalanya, bahawa jika anaknya lelaki sudah ada 10 orang, maka salah seorang dari mereka akan dijadikan qurban depan berhala yang ada di sisi Ka'bah.. yang biasa di puja oleh bangsawan Quraisy. 

Setelah isteri Abdul Muthalib melahirkan anak lelaki genap sepuluh orang, Abdul Muthalib bermimpi...   

Mimpinya, pada suatu malam ada suara memanggil, yang ia tidak tahu maknanya. Iaitu, Ihfir Thayyibah! Pada malam kedua bermimpi lagi, Ihfir Barrah! Berikutnya bermimpi, Ihfir Madhmûnah! Malam keempat suara dalam mimpinya iaitu, Ihfir Zamzam!. Lepas itu baru dia tahu maksud mimpinya, dan ingin melaksanakan qurbqn.

 Abdul Muthalib mengumpulkan semua anak lelakinya dan mengadakan undian. Pada masa itu undi jatuh pada diri Abdullah ayah Nabi. Padahal Abdullah itu seorang anak paling muda,  paling cantik rupanya, dan yang paling dicintainya. Tetapi apa boleh buat, undi jatuh kepadanya, dan Abdullah menurut saja kehendak ayahnya. Maka tersiarlah berita seluruh kota Mekkah, bahawa Abdul Muthalib akan mengurbankan anaknya yang paling muda. 

Ketika itu orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat iaitu seorang kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka undi antara Abdullah dengan unta.  Kalau keluar unta mereka kena sembelih unta, kalau keuar Abdullah boleh diganti dengan 10 ekor unta.

Lalu mereka kembali ke Makkah, dan melakukan undian antara Abdullah dengan 10 ekor unta. Undian pertama keluar Abdullah, lalu diganti dengan 10 ekor unta. Hal ini berulang sampai undian 9 kali masih keluar Abdullah. Undian ke 10 baru keluar Abdullah. Maka Abdul Muthalib mengganti Abdullah  dengan 100 ekor unta untuk berqurban. Mka Abdullah tidak jadi diqurbankan oleh ayahnya..

Dengan adanya peristiwa itu, maka Nabi SAW setelah beberapa tahun menjadi rasul pernah bersabda,'Aku anak lelaki dari dua orang yang di sembelih... " atau Ibnu Dzabihain".

Ketika itu orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat iaitu seorng kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka undi antara Abdullah dengan unta.

11. Qurban Nabi Muhammad SAW.

 
Nabi Muhammad SAW melakukan qurban pada waktu Haji Wada di Mina setelah solat Aidul Adha. Beliau menyembelih 100 ekor unta, 70 ekor di sembelih dengan tangannya sendiri dan 30 ekor di sembelih oleh Sayyidina Ali RA.
  • "Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat), kemudian apabila telah roboh (mati), Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu bersyukur." (Al Hajj:36).
Ayat ini menjelaskan binatang yang dijadikan qurban, tujuan qurban, cara menyembelih haiwan qurban, bila memakan daging qurban, dan siapa yang dapat memakan daging qurban. Binatang qurban, iaitu al-Budnu, nama khusus bagi unta. Sedangkan lembu (sapi) dipandang sama dengan unta dalam hukum, kerana Nabi Saw berkata, 
  • "Unta dijadikan dalam tujuh (bentuk) dan sapi merupakan bahagian dari ketujuh bentuk itu."
Wa Allhu A'lam bi showab.  (IBNU HASYIM)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails