KL: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja
khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia,
sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi
mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.
Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.
Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul.
Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia
diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa
Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.
Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu
meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula,
pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh
berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa
isyarat.
Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya, sudah diwujudkan sekolah khas untuk penajis zina di Maaysia? Najis zina bukan 'khidmat seks'.
No comments:
Post a Comment