Siti: 'Peluang lahirkan rasa cinta kepada Rasulullah"
Persembahan Siti Nurhaliza ketika menyampaikan lagu kerohanian pada Program Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW di ibu negara semalam.

HALAMAN HIBURAN

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menyatakan sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk turut sama menyertai program seperti Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW yang telah berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia, malam tadi.

Menurutnya lagi, program itu salah satu cara bagi dirinya sebagai anak seni untuk melahirkan kecintaannya kepada Rasulullah SAW.

“Sebenarnya saya dipelawa oleh Erma Fatima untuk menyertai program ini dan kebetulan saya tidak terikat dengan apa-apa aktiviti seni pada hari berlangsungnya majlis ini.
"Pada masa yang sama, saya juga hendak menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah," katanya  yang mempersembahkan lagu kerohanian dari album Tahajud Cinta pada majlis yang berlangsung selama tiga jam itu.

Tambah beliau: "Ini merupakan saluran kami sebagai anak seni dan alhamdulillah bukan sekadar penyanyi tetapi terdapat juga penglibatan ahli politik serta pelakon yang turut sama berkumpul di sini untuk menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi junjungan kita."

“Sesungguhnya kita sebagai umat Muhammad akan mempertahankan Rasulullah sekiranya ada anasir-anasir yang cuba untuk memporak-perandakan serta cuba memberi gambaran yang tidak baik dan benar mengenai Nabi Muhammad,” katanya.

Al-Hamdulillah! (IH)