CEKUP...wanita warga China yang ditahan, semalam.
BANYAK...kondom yang ditemui penguat kuasa ketika serbuan.
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penjaga sebuah pusat rawatan refleksologi di Taman Usahawan, Kepong, di sini, cuba memperdaya sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya yang menyerbu premis itu selepas dikesan menawarkan khidmat pelacur warga asing dengan menyamar sebagai pelanggan gagal apabila ditahan, awal pagi semalam.
Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu selama hampir dua jam selepas pusat refleksologi itu diserbu kira-kira jam 1 pagi terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu menunjukkan dia bertugas di bahagian kaunter. Timbalan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit memberi kerjasama dan mendakwa dirinya adalah pelanggan sebelum diarah berhimpun bersama seorang lagi pelanggan untuk pemeriksaan.
“Sebaliknya, kami menahan seorang tukang cuci di pusat ini selepas mengesyaki dia yang mengendalikan operasi perniagaan.
“Bagaimanapun, identiti siapa penjaga sebenar terbongkar selepas kami meneliti rakaman CCTV sebelum serbuan dilakukan bagi mengesan tukang urut warga asing yang menawarkan seks berikutan tidak menemui seorang pun daripadanya dalam premis itu,” katanya.
Nik Shahanizam berkata, mulanya anggota penguat kuasa gagal menemui tukang urut wanita terbabit walaupun sudah menggeledah seluruh genap ruang pusat refleksologi itu. yang menyediakan 10 bilik mengurut.
“Berdasarkan rakaman CCTV, kami lihat ada ramai tukang urut terbabit dalam premis, tetapi mereka seakan ghaib dan kami gagal menahan merekaAda kemungkinan mereka mendapat tahu mengenai serbuan ini dan sempat bersembunyi,” katanya.
“Kami hampir buntu mencari selepas pemeriksaan di beberapa unit kediaman di tingkat atas pusat ini yang dikatakan dijadikan penginapan tukang urut wanita warga asing juga gagal menemui mereka.
“Namun, selepas berusaha hampir dua jam, kami berjaya menemui 10 tukang urut wanita warga China berusia lingkungan 20 hingga 30-an apabila mereka sendiri keluar dari tempat persembunyian di satu daripada unit kediaman yang sudah diperiksa kerana menyangkakan penguat kuasa sudah pulang,” katanya.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tukang urut wanita terbabit gagal mempamerkan dokumen perjalanan yang sah menyebabkan semuanya ditahan dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya bagi proses dokumentasi dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan penyalahgunaan permit kerja, tinggal melebihi tempoh ditetapkan selain tidak mempunyai dokumen lengkap.
“Kami turut merampas satu beg mengandungi kondom yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran, di samping mengambil keterangan daripada dua pekerja pusat urut tapak kaki ini dan dua pelanggan bagi membantu siasatan,” katanya. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ditahan bukan kerana undang-undang melakukan 'najis zina' tetapi kerana mengikut Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan penyalahgunaan permit kerja, tinggal melebihi tempoh ditetapkan selain tidak mempunyai dokumen lengkap.
Ilmu ghaib apa yang tukang-tukang urut itu pakai? Hingga boleh meresap, walaupun sudah dirakam CCTV? Tentu ilmu 'membocor' hingga berlaku ketirisan kawalan dan maklumat.
1 comment:
Macam2 teknik kreatif yang digunna pakai premis2 ni buat nak kelirukan peguatkuasa
RUMAH TERES DALAM BANDAR PASIR PUTEH UNTUK DIJUAL
Post a Comment