Mustafa Ali
KL: Ada usaha dalam PKR menyingkirkan MB Selanaor dari jawatannya? Anggapan ini berlaku berikutan, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.
Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'. Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka. Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.3 Oktober 2012
Azmin Ali
Kerana itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, "Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif,"
Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini. Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.
Mustafa menasihatkan, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.
"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.
"Yang kedua (Kenyataan Azmn di atas), hari ini." Jelas Mustapa lagi.
(IH)
1 comment:
PKR memang parti yg banyak masalah. Kadang saya berfikir apakah agenda sebenar PKR ?
1. Pilihanraya parti PKR penuh dengan penipuan, penuh dgn pengundi hantu. Apa tindakan yg diambil ?? Tiada.
2. Ahli atas kertas beribu2, yg datang mesyuarat beberapa ratus saja. Ada pendapat mengatakan jumlah ahli hantu PKR yg ramai ialah untuk membolot kerusi bertanding.
3. mesyuarat PKR di pulau pinang bocor. lepas tu tuduh DAP.
4. Dah menang melompat parti.
5. PKR serupa dgn UMNO. Warna bendera pun sama BN biru tua dgn PKR biru muda.
6. Carta organasasi PKR meniru UMNO.
7. Pusat zina bertambah di selangor sejak PKR memerintah selangor.
Post a Comment