IBADAT haji pada tahun ini dijatuh pada 23 hingga 27 Oktober. Menurut
statistik, seramai 13,800 orang umat Islam China menunaikan fardu haji
pada tahun ini. Mereka yang berasal dari bandar Lanzhou, Beijing,
Yinchuan, Urmuqi, Kunming dan lain-lain, menaiki 41 penerbangan sewa
khas pergi ke Arab Saudi.
Biro Agama Negara China dan Persatuan Agama Islam China mengambil
beberapa tindakan dalam aspek pengangkutan, perubatan dan penginapan
untuk memberikan perkhidmatan yang lebih memuaskan hati kepada jemaah
haji ini.
Menurut Pengarah Jabatan Pengawalan Masjid Besar Dongguan, bandar
Xining, provinsi Qinghai, Ma Zhi, "Sejak dasar pembaharuan dan pintu
terbuka dilaksanakan, taraf hidup rakyat China meningkat, sekali gus
jumlah umat Islam yang mampu menunaikan fardu haji juga meningkat.
Hampir seramai 2,000 orang umat Islam dari provinsi Qinghai menunaikan
fardu haji pada tahun ini."
Terdapat seramai 20 juta orang umat Islam di China. Kebanyakan mereka
tinggal di Xinjiang, Qinghai, Gansu, Yunnan dan Ningxia. Menurut
pegawai Biro Agama Negara China, pihaknya aktif bekerjasama dengan
syarikat penerbangan bagi memastikan kesemua penerbangan sewa khas
selamat mendarat di Mekah. Ini membantu mengurangkan keletihan jemaah
haji China. Harga tiket penerbangan juga hampir sama seperti tahun lalu.
Persatuan Islam China menghantar delegasi yang terdiri daripada 60
orang pegawai, memilih lebih 200 orang umat Islam yang berpengalman luas
dari pelbagai provinsi berkenaan, dan 100 orang imam untuk memberikan
perkhidmatan sebaiknya kepada umat Islam yang menunaikan fardu haji.
Persatuan Islam China juga menghantar kumpulan perubatan yang terdiri
daripada 52 orang doktor serta bekalan pelbagai jenis ubat-ubatan dan
alat perubatan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita ini diangkat dari CRI Online, berita antarabangsa dari China. Apakah dengan membenarkan rakyatnya yang beragama Islam menunaikan sembahyang, menunaikan hajji di Mekah dan melaksanakan beberapa tuntutan lain, negara komunis itu boleh digolongkan sebagai negara Islam? Sedangkan penduduknya melebihi penduduk Islam di Malaysia? (IH)
No comments:
Post a Comment