Monday, November 12, 2012

30Tahun Tidur Di Kaki 5, Menteri Tiada T/Jawab?






MARI IKUT...pegawai yang menjalankan operasi memujuk beberapa lelaki gelandangan yang ditahan, semalam.

KUALA LUMPUR: Menjadikan kaki lima sebagai rumah sejak lebih 30 tahun lalu kerana hidup sebatang kara dan pernah ditahan tiga kali oleh penguat kuasa tidak menimbulkan ketakutan di hati seorang warga emas yang ditahan dalam operasi gelandangan di sekitar bandar raya ini, kelmarin.


Lelaki dikenali sebagai Khalid Yeop, 49, berkata, dia bekerja sebagai pengutip besi buruk dan menjualnya di kaki lima. Katanya, dia hanya mempunyai beberapa helai pakaian yang dijadikan teman hidup dan mencari kotak untuk mengalas tidur. 

“Saya tidak pernah malu walaupun hidup begini, malah gembira kerana terdapat ramai rakan senasib yang menemani sebaik malam menjelma,” katanya ketika ditemui selepas operasi, di sini.

Khalid berkata, mereka gembira kerana ada insan prihatin menghulurkan makanan percuma apabila petang menjelma dan tidak perlu meminta sedekah. Dalam Operasi Gelandangan Bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Alam Flora dan agensi lain itu, 59 orang termasuk 53 warga Malaysia, dua (Indonesia), tiga (Myanmar) dan seorang warga India ditahan.


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan


Operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi itu turut mengambil tindakan saringan terhadap lapan lelaki di bawah AADK dan lima di bawah JKM. Melalui ops itu, mereka yang ditahan rata-rata tidak mampu menyewa rumah kerana berniaga kecil-kecilan di kaki lima. Mereka sanggup tidur di kaki lima kerana memperoleh makanan percuma disediakan badan bukan kerajaan (NGO) setiap petang. Ada juga yang cuba melarikan diri kerana takut ditangkap pihak berkuasa, namun ditahan.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Operasi DBKL, Mohd Hisham Izhar berkata, faktor utama gelandangan sanggup tidur di kaki lima kerana makanan percuma diberikan NGO “Walaupun golongan gelandangan menunjukkan penurunan, ia masih membimbangkan kerana mereka kebanyakkan suka membuang sampah di merata-rata yang mencemarkan imej ibu kota,” katanya. (myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah bukti Menteri Wilayah tiada tanggung jawab, tiada ambil peduli  langsung ke atas penderitaan rakyatnya. Tiada menasabah langsung 30 tahun tidur di kaki lima, menteri dan wakil rakyatnya tak tahu? Tiada tindakan diambil untuk membantunya?

Nampaknya menteri-menteri BN ni perlu pelajari atau ditarbiahkan dengan sejarah Islam, bagaimana seketul daging kambing jatuh ke dalam sungai pun, pemimpin no 1 dalam negara Islam (Khalifah) kena ambil tahu dan bertindak segera mengatasinya. Beginilah caranaya Islam dirosakkan oleh penganut-penganutnya, apabila mendapat pemimpin yang buta agama, seperti ini Robahlah pemerintah sekarang dengan .kerajaan kebajikan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails