Wednesday, November 21, 2012

4 Perkara, Israel Kalah Ditangan HAMAS

Israel Telah Kalah dalam Empat Hal
Serangan roket Palestin ke atas Israel.

GAZA: Akhbar al-Nahar terbitan Lebanon menurunkan analisis tentang empat faktor utama kekalahan rejim Zionis Israel dalam perang di Gaza. Muqawama Palestin disebutkan telah berhasil melanggar garis merah yang ditentukan Israel. 
Far News Agency, Rabu 21Nov, mengutip pengamat Rajeh al-Khuri yang menuliskan analisisnya pada akhbar Al Nahar. Al-Khuri menyebutkan empat faktor utama kekalahan Israel dalam perang Gaza tahun 2012.

Pertama, roket dan rudal muqawama Palestin telah menghantam Tel Aviv, Baitul Maqdis (Jerusalem) Eilat, Ashdod, Askalon, Beersheva dan Beertopia yang merupakan garis merah dan titik vital keamanan Palestin pendudukan.

Kedua adalah warga Zionis sudah tidak percaya kemampuan Iron Dome untuk melindungi mereka dari serangan roket muqawama. Terbukti 70 persen roket yang ditembakkan dari Gaza mampu mencapai targetnya. ''Iron Dome dinilai seperti payung yang berlubang,'' sebut Al Khuri.

Ketiga, berkait sikap masyarakat dunia yang mengecam serangan Israel dan peringatan kepada Tel Aviv untuk tidak melancarkan serangan darat ke Jalur Gaza.

Faktor terakhir atau keempat adalah pihak-pihak yang membaca peringatan Senator AS, Carl Levin, soal ledakan di kawasan Gaza. Mereka kini berpendapat bahawa Amerika Syarikat menilai hujan roket Israel bukan hanya akan menggugurkan anak-anak kecil Palestin melainkan juga sebagai indikasi berakhirnya kesepakatan damai di kawasan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails