Saturday, November 03, 2012

7 Masjid, 35,000 Pengikut Menganut Ajaran Sesat..

 
 Encik Mohamed Sabir (kiri)

GENERASI awal yang memeluk Islam di Vietnam dikatakan telah terpesong dari ajaran Islam sebenar bahkan telah menjadi sesat. Agama anutan mereka jauh tersasar dari Islam walaupun tokoh agamanya memakai jubah serban dan mempunyai 7 buah masjid dengan pengikut 35,000 orang.

Demikian menurut maklumat dari e-mail diterima Weblog Ibnu Hasyim dari Alif Consultant yang menceritakan pengalaman mereka mengadakan Ibadah Qurban dan Aidil Adha di Vietnam baru-baru ini.

Menurut  jurucakapnya En Mohamed Sabir Jamaludin lagi..

"Kami sempat menziarahi ketua imam yang mengepalai agama sesat ini dan berbual serta bertanya tentang ajaran agama mereka. 

"Agama mereka bernama Cham Bani memiliki Al Quran dengan tulisan Cham lama dan Arab yang berterabur susunamnya yang kami lihat. Bacaan Fatihannya bunyinya janggal sekali. 

"Mereka berpuasa di bulan Ramadan bermula jam 8am-8pm tetapi selepas 15 Ramadan mereka berpuasa jam 4am-1pm selebihnya untuk ibadat katanya. 

"Mereka menunaikan Haji hanya ke Masjid bukan ke Mekah. Makan binatang yang diharamkan dan minum minuman keras." Jelasnya.

Begini, bunyi isi suratnya...


Assalamaualaikum,
Perkongsian Ibadah Qurban dan Aidil Adha di Vietnam baru-baru ini.

Tahun ini merupakan tahun ke 4 Alif Consultant dengan kerjasama Pertubuhan Alif meneruskan aktiviti qurban dan aqiqah di luar negara. Bezanya pada tahun ini kami telah melebarkan pemberian qurban ke negara lain seperti Vietnam dan Bangladesh selain Kemboja. Walaupun kami tidak menggunakan iklan di media massa suratkhabar mahupun radio penyertaan dari kalangan peserta bertambah dari setahun ke setahun.
Pada tahun ini kami telah menyambut Aidil Adha di Phan Ri, Province Ninh Thuan Vietnam.Di sinilah Islam mula bertapak di bumi Vietnam yang telah di bawa oleh Maulana Ismail Malavi dari India itulah maklumat yang diberitahu kepada kami. Masyarakat Islam merupakan masyarakat minoriti di wilayah ini. 

Malangnya generasi awal yang memeluk Islam telah terpesong dari ajaran Islam bahkan telah menjadi sesat. Agama mereka jauh tersasar dari Islam walaupun tokoh agamanya memakai jubah serban dan mempunyai 7 buah masjid dengan pengikut 35,000 orang. Kami sempat menziarahi ketua imam yang mengepalai agama sesat ini dan berbual serta bertanya tentang ajaran agama mereka. 


Agama mereka bernama Cham Bani memiliki Al Quran dengan tulisan Cham lama dan Arab yang berterabur susunamnya yang kami lihat. Bacaan Fatihannya bunyinya janggal sekali. Mereka berpuasa di bulan Ramadan bermula jam 8am-8pm tetapi selepas 15 Ramadan mereka berpuasa jam 4am-1pm selebihnya untuk ibadat katanya.


Mereka menunaikan Haji hanya ke Masjid bukan ke Mekah. Makan binatang yang diharamkan dan minum minuman keras.
Masyarakat Muslim di Vietnam sekarang sekitar 80,000 orang, faktor pendidkan Islam amat penting bagi membantu memahamkan mereka untuk hidup sebagai seorang yang benar-benar muslim. Vietnam sebagai sebuah negara asal Komunis sentiasa memantau perkembangan rakyatnya.

Tidak mudah untuk menyebarkan Islam di sana. Anak-anak wajib menghadiri sekolah hingga ke peringkat menengah dan Sabtu adalah hari persekolahan. Mana-mana ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah akan dihubungi oleh pihak keselamtan.


Jika mereka miskin maka kerajaan akan menanggung kesemua perbelanjaan sekolah. Anak-anak muslim tidak dibenarkan melanjutkan ke mana-mana pengajian di luar negara melainkan setelah tamat di peringkat menengah. Itu pun masih dalam pemantauan pihak keselamatan.
Kami merasakan ibadah qurban yang kami laksanakan di Vietnam tidak habis di sini sahaja. Dengan melaksanakan ibadah qurban ini kami dapat bertemu dan meghayati rasa persaudaraan Islam yang kuat. Kami mempunyai tugas untuk membantu anak-anak muslim ini mendapat pendidikan agama yang sempurna. Harapan kami anda akan bersama kami. Jika anda berhasrat untuk melawat umat islam di sana Insya Allah pihak kami bersedia untuk menguruskannya. Mudah-mudahan dengan ziarah anda akan membantu mereka. Allah jualah yang selayaknya memberi ganjaran kepada anda semua yang telah dan akan membantu.

Tulisan ini dari  Mohamed Sabir Jamaludin (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails