2 rakyat Bulgaria miliki alat buat kad ATM palsu ditahan
Penahanan dibuat selepas pegawai bank menghubungi polis bahawa penyiring kad ditemui melekat pada mesin ATM bertentangan dengan bank. Polis berpakaian preman dikerah untuk memantau kawasan itu dan beberapa jam kemudian melihat tiga warga asing mengalihkan penyiring yang menyalin maklumat elektronik dalam kad dimasukkan ke mesin ATM itu.
Dimitrov dan Haritonov mengakui melakukan jenayah terbabit. Suspek ketiga masih bebas dan kewarganegaraannya tidak diketahui. Haritonov turut berdepan dakwaan tambahan kerana memasuki Thailand tanpa dokumen sah. Polis mengesyaki kumpulan itu berpindah dari Koh Samui di Surat Thani ke Phuket bertujuan menipu pelancong asing ketika musim puncak di pulau peranginan itu. - BP
No comments:
Post a Comment