Boikot kurma Israel/ilustrasi
KL: Selanjutnya, situs inminds.com menenaraikan sejumlah produk Israel.
Di antaranya ..
Di antaranya ..
- produk makanan dan minuman seperti Danone, McDonalds, Starbucks, Coca Cola, Nestle, Jaffa, Eden, Strauss, Tivall, SodaStream, dan lainnya.
- Juga, jenama kurma Israel seperti Jordan River, Hadiklaim, Tamara, King Solomon, Jordan Plains, Karsten Farms/Kalahari dan Bomaja.
- Ada pula perusahaan besar berteknologi seperti Motorola, Intel, IBM, Siemens, serta AOL.
- Untuk produk kosmetik disebutkan seperti Loreal, Revlon, Estee Lauder, Kimberly-Clark, juga Ahava.
- Sedangkan produk pakaian di antaranya M&S, Timberland, River Island, sampai Delta.
Seruan untuk memboikot produk-produk Israel
terus membahana. Seperti dikempenkan oleh situs inminds.com, aksi
boikot produk dan perusahaan yang membantu Israel adalah cara damai
untuk menekan aksi agresif aparteid Israel.
Aksi ini meniru langkah aksi
boikot berjaya menentang aparteid Afrika Selatan. ''Bantu kami
mengakhiri penderitaan warga Palestin dengan memboikot Israel hari
ini!'' demikian seruan dalam situs tersebut.
Sementara itu, ewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin. Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin.
“Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat?” ujarnya kepada Harakahdaily. Sebelum itu Presiden PAS juga menyeru supaya umar Islam memboikot barangan Israel. (IH)
No comments:
Post a Comment