Saturday, November 10, 2012
Bomba Tolong Kerbau Jatuh Perigi, Apalagi...
BEIJING - Seekor kerbau terjatuh ke dalam sebuah perigi di daerah Cangnan, wilayah Zhejiang, timur China kelmarin. Beberapa anggota bomba dan petani kemudian menyelamatkan kerbau itu yang mempunyai berat lebih 200 kilogram.
Kerbau tersebut ditarik keluar dari perigi itu dengan menggunakan tali. Haiwan itu terjatuh ke dalam perigi semasa ia meragut rumput. Pemilik kerbau tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Wang meminta bantuan anggota bomba bagi menyelamatkan haiwannya itu.- Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam suruh tolong walaupun kepada binatang. Apa lagi kepada sesama manusia, tak kira bangsa dan agama. Lagi wajib ditolong kalau orang itu teraniaya dalam domontrasi menegakkan kebenaran dan keadilan, seperti di BERSIH hari tu. Atau menegakkan kerajaan kebajikan dan Islam, wajib ditolong!
China Komunispun pandai jaga negara dan rakyatnya, walaupun cuma seekor lembu. Tapi BN merperlakukan puak-puak demontrasi BERSIH macam lembu. Itulah contoh puak-puak asobiah pertahankan poitik kuncu-kuncunya. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment