Monday, November 26, 2012

Buruan Polis Serah Diri Kerana Fanatik Apek

EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu.
EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu.

HALAMAN HIBURAN
BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.

Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu. Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis. (myMetro)

Komen Webg Ibnu Hasyim: Begitu hebatnya pengaruh artis dan menjadi idola di kalangan anak muda dan masyarakat. Kerana itu peribadi artis perlu diperbaiki terutama akhlak mereka, supaya sesuai dengan kehendak agama dan bebas dari dadah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails