Sunday, November 04, 2012
DAP Hapuskan Raja Melayu? Bohong. -Kit Siang
KL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13. Katanya di hadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi.
Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antarany Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.
"Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," kata Lim..
Tiga pemimpin utama Pakatan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Lim sendiri kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment