Thursday, November 15, 2012
Datuk Seri Dr... Ditangkap Khalwat Dg Isteri Orang
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.
Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram dan sesekali menundukkan kepala ketika berada di dalam kandang tertuduh. Jika gagal menjelaskan denda, Hasan bakal berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala pasangannya boleh dipenjara 30 hari.
Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda kerana sudah insaf malah mereka bercadang untuk berkahwin selepas proses perceraian pasangannya selesai.
“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.
Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah semasa mengemukakan rayuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Heloo isteri org nak kawen pekemenderr??
Post a Comment