Tuesday, November 13, 2012

Deklarasi Harta: MB Pahang Sokong PAS?


Umno Pahang ikut PAS untuk isytihar harta

KUANTAN: Selepas PAS Pahang mengumumkan, semua calon PAS di negeri itu akan membuat pengisytiharan harta, Menteri Besar Pahang turut menyokong agar Umno juga berbuat demikian.

Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya kepada pemberita berkata, "Kita memerlukan bakal calon yang berintegriti, bersih dan berwibawa kerana wakil yang ditonjolkan itu adalah mewakili sebuah parti yang hebat."

Namun begitu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur mengenai cadangan itu berkata Umno belum membincangkannya. 

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong cadangan Pemuda PAS agar calon dan pemimpin PAS mengisytiharkan harta masing-masing. Ekoran itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang akan menerima cadangan itu untuk dilaksanakan di Pahang.

Turut menyokong cadangan itu adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman untuk dilaksanakan di semua peringkat. PAS kini sedang mengkaji mekanisma yang paling sesuai untuk membuat pengisytiharan itu secara terbuka kerana ia telah dibuat oleh pemegang jawatan awam di kalangan pemimpin PAS sebelum ini. (IH)

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails