Sunday, November 25, 2012

Didik Rakyat Melalui Kedai Guting, DAP Faham...

Post Pic
Menurut The  Star 23 Nov 12, MCA sekali lagi menggesa DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat kerana dasar-dasar PAS, khususnya di Kelantan yang member kesan kepada masyarakat Cina...
KOTA BHARU: Didik rakyat melali kedai gunting rambut, itulah tuntutan sebuah kerajaan Islam, DAP pun faham. Kerajaan Kelantan menjelaskan peraturan melarang kedai gunting lain jantina (unisex) dikuatkuasa sejak 1991 dan ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peraturan tersebut sebagai langkah awal kerajaan bagi membendung gejala tidak sihat membabitkan semua rakyat.

“Cuba bayangkan kalau rambut isteri atau anak perempuan kita digunting tukang gunting lelaki, begitu juga keadaan sebaliknya. Ini tentunya kita tidak mahu berlaku sedemikian.
“Peraturan itu diwujudkan bukan kerana sentimen agama semata-mata sebaliknya bagi membendung lebih awal gejala kurang sihat berlaku.
“Sepatutnya semua pihak faham termasuk juga rakan kita daripada DAP. Langkah yang dibuat kerajaan negeri bertujuan untuk mendidik rakyat,” katanya pada sidang media di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di sini, hari ini.

Semalam Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu kerajaan Kelantan supaya menyelesaikan segera kekeliruan yang timbul apabila undang-undang Islam turut dilaksanakan terhadap orang bukan Islam. Sebelum itu seorang pengurus kedai gunting Ong Lee Ting dilaporkan mendakwa terpaksa membayar banyak saman dikeluarkan MPKB BRI kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Takiyuddin berkata, peraturan kedai gunting lain jantina sudah dilaksanakan sejak lebih 20 tahun lalu, sebagai usaha kerajaan negeri mengurangkan gejala kurang sihat. Menurutnya juga sekiranya ada pihak yang kurang berpuas hati dengan peraturan tersebut mereka boleh mencabar di mahkamah memandangkan peraturan tersebut sudah diterima umum rakyat Kelantan.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan sekumpulan peniaga Cina dari sini yang mencabar peraturan menghalang premis menjual nombor ekor. Peniaga terbabit difahamkan turut mendapat sokongan pemimpin MCA. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails