Saturday, November 03, 2012
G/Ikhwan Bukan Al-Arqam -Jelas Dr Badrulamin
MAJLIS Jamuan makan “Kenduri Mega” malam tadi adalah anjuran Global Ikhwan dan bukannya AL-Arqam. Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya, saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam sambil bersantai.
Saya diletakkan di meja tamu atas rasa hormat mereka terhadap saya dan sememangnya dibawah khemah lain tidak mempunyai meja pun. Ahli jemaah Ikhwan mengenali kami kerana isteri saya sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan kerana ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam. Anak dan isteri saya juga sering kesana membeli pakaian dibutik Ikhwan.
Laporan Kosmo yang kononnya saya adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Penganjur (AJK) dalam program malam tadi adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab. Saya langsung tidak ada apa-apa kaitan dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan. Ingin saya jelaskan sekali lagi, kehadiran saya ke program tersebut tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik.
Dr Badrulamin Bahron
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
2 November 2012
(IH/KD)
Lihat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment