KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di Parlimen Pekan, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disambut baik dan direstui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz semalam memberi 'lampu hijau’ kepada Ahli Parlimen Marang itu dan menyokong kenyataannya bertanding PRU13 menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dia (Abdul Hadi) adalah presiden parti, jadi apa (hasrat) yang dicakapkan kita akan turut dan sokong demi kebaikan parti serta perjuangan Islam.
“Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Nik Aziz yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas tidak terkejut dengan pengumuman Abdul Hadi yang ingin berhijrah ke Pahang walaupun tidak dapat memberi jaminan sepenuhnya sama ada kemenangan memihak kepada parti mahupun pihak lawan.
“Sekarang ini menang atau kalah itu lain hal, apa yang penting adalah sokongan kepada beliau setelah menunjukkan keberanian untuk bertanding di kerusi disandang Perdana Menteri,” katanya.
3 November 2012
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, setakat ini hasrat Andul Hadi masih belum dibincangkan di peringkat pusat.
“Pengumuman harus dibuat oleh Pas untuk mengesahkan hal ini." katanya.
Semalam, Hadi membuat kejutan apabila mengumumkan beliau sedia
bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
“Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat
keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen
Pekan,” katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas
Negeri Terengganu semalam. (IH)
No comments:
Post a Comment