KOTA BHARU:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan
kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar
mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat
Islam.
Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.
“Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam
sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan
sebagainya.
“Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS,
mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam,”
ujarnya.
Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu
dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang
terbabit telah menentang negara ini. Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek
seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya
memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.
Katanya,
sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti
apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam. Beliau berkata demikian
kepada Harakahdaily, ketika ditemui di
pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang
mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS.
Komen Webog Ibnu Hasyim: Kesian Soi Lek, puluhan tahun berkawan dengan UMNO masih tak faham Islam, UMNO tak ajar ke? Bertambah keliru ada.. Tapi siapa sebenarnya yang keliru bercelaru, UMNO atau Soi Lek? Atau 2X5?
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
1 comment:
Sama la tuu..Umno pun kata,kita terima Hudud,tapi bukan Hudud Pas!
Post a Comment